Euforia Bola 2026
Rakyat

Nak Lesen Motosikal B2 Percuma? Ini Panduan & Syarat Penting Anda Kena Ambil Tahu!

PROGRAM MYLESEN B2

Program MyLesen B2 merupakan satu inisiatif kerajaan bagi memperkasa 15,000 golongan kurang berkemampuan, khususnya pelajar sekolah, institusi pengadian dan belia untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 sebagai persediaan sebelum menempuhi alam pekerjaan.

Baca juga: Senarai Cuti Umum Malaysia 2026, Jadual Penuh Untuk Persekutuan & Negeri…

CARA MOHON PROGRAM MYLESEN B2, LESEN MOTOSIKAL PERCUMA

PROGRAM MYLESEN B2

Antara manfaat yang diperoleh oleh peserta adalah akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani latihan dan ujian sehingga mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.).

Kelas lesen yang ditawarkan di bawah Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (Motosikal tidak melebihi 250 c.c.

Syarat kelayakan bagi permohonan Program MyLesen B2 Tahun 2025:

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 sehingga 35 tahun
  • Pelajar Sekolah Menengah/ Institusi Pengajian atau belia
  • Terbuka kepada golongan B40 dan tanggungan
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tidak pernah memiliki lesen memandu atau memiliki Lesen Belajar Memandu (LDL) Kelas B2 yang tamat tempoh lebih dua (2) tahun
  • Bebas senarai hitam Mahkamah, JPJ dan PDRM

Tiada bayaran akan dikenakan kerana kos latihan dan ujian adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak Kerajaan.

Berikut tempoh masa yang diperlukan oleh setiap peserta untuk menjalani latihan dan ujian memandu:

PROGRAM MYLESEN B2

Tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 adalah sehingga kuota penyertaan di JPJ Negeri dipenuhi. Sebarang pertanyaan berhubung pelaksanaan Program MyLesen B2 Tahun 2025 boleh dikemukakan kepada JPJ Negeri yang berdekatan.

Baca juga: Malaysia Kedudukan Kedua Di ASEAN Negara Paling Aman, Pencapaian Luar Biasa!

Sumber: JPJ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×