Euforia Bola 2026
Pra-Hamil

LPPKN Anjur Program BuAI Untuk Pasangan TTC, Kalau Cukup Syarat Ini Boleh Mohon!

PROGRAM BUAI

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) terus memainkan peranan penting dalam membantu pasangan yang berdepan masalah kesuburan melalui pelaksanaan Program BuAI.

Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Subfertiliti ini menawarkan sokongan menyeluruh merangkumi rawatan perubatan, advokasi serta khidmat kaunseling kepada pasangan yang berusaha untuk mendapatkan zuriat.

Baca juga: Tanda Air Mani Berjaya Masuk Ke Dalam Rahim? Pasangan TTC Kena Ambil Tahu!

PROGRAM BUAI UNTUK PASANGAN TTC, INI SYARAT & CARA MOHON

PROGRAM BUAI

Freepik

Melalui inisiatif ini, seramai 30,000 pasangan suami isteri akan menerima manfaat dalam pelbagai bentuk bantuan. Sebanyak 1,300 pasangan yang layak akan dibiayai untuk menjalani rawatan Intrauterine Insemination (IUI) sehingga maksimum dua kitaran rawatan.

Selain itu, LPPKN turut melaksanakan kempen advokasi kesuburan dan kesejahteraan lelaki melalui pelbagai medium termasuk platform fizikal, media sosial serta program turun padang menggunakan tagline “Lebih Awal Lebih Baik”.

Program ini juga menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi, saringan serta rawatan kesuburan dan kesejahteraan lelaki secara komprehensif bagi membantu pasangan memahami keadaan mereka serta mendapatkan rawatan bersesuaian.

Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasaran yang layak, LPPKN menetapkan beberapa syarat kelayakan utama.

Antara syarat tersebut adalah:

– Pendapatan isi rumah kurang daripada Rm10,000 sebulan.

– Pasangan suami isteri yang sah berkahwin dan berdaftar mengikut undang – undang Malaysia.

– Kedua-dua suami isteri adalah Warganegara Malaysia.

– Masalah Subfertiliti primer dan sekunder.

– Umur isteri kurang daripada 37 tahun.

– Pasangan tidak mendapat sebarang bantuan kewangan rawatan subfertiliti daripada mana-mana agensi lain semasa menjalani program rawatan ini.

– Menghadiri sesi konsultasi dan saringan kesuburan di Klinik Subfertiliti LPPKN atau di Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP)

Pasangan yang berminat, boleh mengunjungi 4 Klinik Subfertiliti LPPKN dan Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) ini:

Program BuAI Program BuAI

Baca juga: Lelaki Tak Dikenali Selamba Pegang Paha Budak 3 Tahun, Bila Dijerkah Terus Lari Tak Cukup Tanah!

Sumber: LPPKN

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×