Isu keselamatan makanan kembali menjadi perhatian apabila lebih 50 tan sotong sejuk beku dari China disita pihak berkuasa Malaysia selepas didapati mengandungi DNA babi dan ayam.
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Pulau Pinang menyita 51.3 tan produk sotong sejuk beku mengandungi deoxyribonucleic acid (DNA) babi dan ayam dari China ketika membuat pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), pada Selasa.
Baca juga: Isteri Obses Hidu Nafas Suami Wangi Macam Bayi Bila Bangun Tidur, Bikin Orang Lain Cemburu!
PRODUK SOTONG SEJUK BEKU ADA PRODUK BABI
MAQIS negeri dalam kenyataan berkata, tindakan sitaan diambil selepas pemeriksaan yang dijalankan pegawai penguat kuasa Maqis mendapati dokumen import dagangan mengandungi maklumat yang mengelirukan.
“Barangan itu diisytiharkan sebagai frozen cuttlefish intestines berbentuk sosej sejuk beku, frozen cuttlefish balls dan frozen cuttlefish tofu.
“Namun, analisis DNA oleh Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan produk itu mengandungi DNA babi dan ayam, bercanggah dengan deklarasi asal dalam dokumen import,” katanya.
Katanya, susulan itu, dagangan bernilai lebih RM63,000 disita untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 kerana mengemukakan maklumat palsu, tidak tepat atau mengelirukan.
“Pengimport dikenakan kompaun dan barangan dagangan akan dilupuskan mengikut tindakan penguatkuasaan yang diperuntukkan di bawah akta sama,” katanya.
Baca juga: Anak 8 Tahun Tenang Imamkan Solat Jenazah Papanya, Ramai Sebak & Puji “Jelasnya Bacaan Adik”
Sumber: Harian Metro
FT Image: Bernama

