Dalam usaha mendapatkan kulit cerah dan berseri, ramai pengguna terpedaya dengan janji manis produk kecantikan tanpa menyedari risiko sebenar di sebaliknya. Salah satu contoh terkini ialah UFORA Skincare Advanced Repair Solution, yang dikesan mengandungi racun berjadual jenis Hydroquinone dan menjadikan produk ini termasuk dalam kategori produk skincare bahaya yang dilarang penggunaannya.
Melalui perkongsian di hantaran terbaru Public Health Malaysia (PHM), Hydroquinone ialah sejenis bahan pemutih kuat tetapi berisiko tinggi apabila digunakan tanpa pengawasan profesional.
Baca juga: Padah Buat 4 Jenis Sukan Dalam Sehari, Individu Merana Buah Pinggang Bocor (Rhabdomyolisis)!
PRODUK SKINCARE BAHAYA

Gambar: PHM
Penggunaan Hydroquinone secara sembarangan boleh menyebabkan:
- Kulit melecur, melepuh dan menjadi gelap kekal
- Jerawat makin teruk
- Pigmentasi kulit jadi tidak sekata
- Risiko kerosakan kulit jangka panjang
Baca juga: Resipi Peach Gum Enak Berkhasiat, Kaya Dengan Herba Yang Boleh Buat Kulit Anjal & Gebu!
Penggunaan bahan seperti ini bukan sahaja melanggar peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), malah boleh meninggalkan parut kekal seumur hidup.
Sekiranya anda pernah menggunakan produk ini, hentikan serta-merta dan dapatkan nasihat doktor jika terdapat sebarang tanda iritasi.
Jangan jadikan kulit anda sebagai medan eksperimen. Waspada dan teliti sebelum memilih sebarang produk kecantikan kerana kesihatan kulit anda jauh lebih penting daripada hasil sementara.
“Jika anda telah menggunakannya, hentikan serta-merta dan rujuk doktor jika berlaku iritasi.
“Tak berbaloi. Kulit bukan medan eksperimen. Hentikan sebelum parutnya kekal seumur hidup,” tulis PHM.
Baca juga: Penyakit HFMD Kembali ‘Menyerang’, Ketahui 10 Tanda Ini Agar Cepat Terima Rawatan!
Terdahulu, KKM telah menyenaraikan Ufora Skincare Advance Repair Solution sebagai salah satu lima produk kosmetik yang tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Manakala, empat produk lain yang dilarang adalah:
- Molly Care Night Cream
- Karisma Brightening Day Cream
- Pinkkiss Beauty Care Herbal Cream
- Pinkkiss Beauty Care Treatment Cream
Baca juga: Jantung Berdebar Tiba-Tiba Sebenarnya ‘Bisikan’ Awal Masalah Serius, Bukannya Jatuh Cinta!
Sumber: Public Health Malaysia / FMT
FT Image: Google
