Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga, pastinya mengimpikan kehadiran cahaya mata di dalam mahligai yang dibina. Biarpun sebahagian daripada mereka perlu menunggu lama, namun usaha yang berterusan tak akan pernah mengkhianati hasilnya.
Sebagaimana kurniaan zuriat pertama yang diberikan kepada bekas pertahanan Pahang, Mohd. Saifulnizam Miswan bersama isterinya, kini dimakbulkan Allah SWT selepas 12 tahun menanti.
Baca juga: Ciri-Ciri Lelaki Tinggi Kecerdasan Emosi Paling Diburu Wanita, ‘Type’ Lelaki Ini Jadi Jodoh Idaman!
KEHADIRAN CAHAYA MATA PERTAMA

Tangkap layar video Mohd. Saifulnizam atau Poyeng berkongsi berita gembira kelahiran bayi lelakinya selepas menanti kira-kira 12 tahun untuk menimang cahaya mata.
Mohd. Saifulnizam yang kini berusia 44 tahun atau lebih dikenali sebagai Poyeng oleh peminat bola sepak, berkongsi berita gembira itu menerusi laman Instagram pada Selasa.
“Bismillah, Masya-Allah, Allah, Tabarakallah, Alhamdulillah syukur.
“Dengan hati yang penuh kasih sayang, kami teruja untuk memperkenalkan anak sulung kami selepas menunggu selama kira-kira 12 tahun.
“Ya Allah, aku mohon perlindungan kepada Mu untuk bayi ini dan keturunannya daripada godaan syaitan yang terkutuk, Aamin.
“Assalamualaikum semua. Hai uncles, aunties, atok, nenek, abang, kakak,” kongsinya di ruangan kapsyen menerusi hantaran berkenaan.
Baca juga: 5 Posisi Hubungan Intim Yang HARAM Dalam Islam, Niat Romantis Tapi Sebenarnya Salah!
Baca juga: Bapa Minta ‘Resign’ & Gajikan Untuk Jaga Sakit, Netizen Puji Kebajikan Anak Terjaga
Berita gembira tersebut turut mendapat ucapan tahniah daripada bekas ahli pasukan Syamim Yahya serta Razman Roslan.
“Tahniah ‘brader’,” kata Syamim.
“Alhamdulillah, tahniah. Semoga menjadi anak yang soleh,” kata Razman.
Selain itu, ucapan tahniah daripada para pengikutnya di Instagram turut membanjiri di ruangan komen.
“Alhamdulillah, tahniah Poyeng & Hana.
“Tahniah Poyeng legend Pahang.
“Alhamdulillah, baby Ramadan. Tahniah ya Hana, selamat berpantang!” antara komen yang ditinggalkan warga maya.
Baca juga: Rider Terkejut Jumpa Flat Bersih TIADA Sampah “Ini Dah Melanggar Hukum Flat!”
Sumber: Instagram Saifulnizam Miswan
FT Image: Saifulnizam Miswan
