Euforia Bola 2026
Famili

“Asap Hitam & Api Menyala Depan Mata” Wanita Terkejut Powerbank Tiba-Tiba Meletup Ketika Dicas

POWERBANK MELETUP

Seorang pengguna media sosial baru-baru ini berkongsi pengalaman mencemaskan apabila powerbank meletup dan terbakar ketika sedang dicas hanya beberapa inci dari tempat dia duduk.

Kisah yang tular di laman Facebook ini bukan sekadar peringatan, tetapi pengajaran berharga buat semua pengguna alat elektronik di rumah.

Baca juga: LPPKN Anjur Program BuAI Untuk Pasangan TTC, Kalau Cukup Syarat Ini Boleh Mohon!

POWERBANK MELETUP TIBA-TIBA DI RUMAH KETIKA SEDANG CAS

POWERBANK MELETUP

Sebelum kejadian berlaku, dia sempat memeriksa tahap bateri powerbank yang masih 70 peratus dan menyambung pengecasan dengan niat mahu penuhkan ke 100 peratus.

“Saya caj powerbank di tepi printer atas karpet putih. Tiba-tiba saya terdengar bunyi letupan kuat macam bom, lepas tu keluar api warna merah oren saya terkejut sampai menggigil,” katanya.

Mujurlah ketika itu dia sedang duduk di kerusi berdekatan, namun letupan tersebut menyebabkan lengannya terkena percikan api dan melecur ringan. Dalam keadaan panik, dia segera berlari ke bilik air berdekatan untuk mengambil baldi air dan kain basah bagi memadamkan api.

“Saya tak fikir dah pasal tangan saya yang melecur, saya cuma fikir nak padamkan api. Asap hitam berkepul-kepul masa tu, dan jiran pun kebanyakannya tiada sebab waktu tu semua keluar bekerja,” jelasnya.

Setelah api berjaya dipadamkan, dia menutup semua suis elektrik menggunakan kain kering, langkah pantas yang menyelamatkan keadaan daripada menjadi lebih buruk.

POWERBANK MELETUP

Wanita itu turut menjelaskan bahawa powerbank yang digunakan adalah berjenama dan berharga antara RM70 hingga RM100 telah digunakan sejak 2022 atau 2023.

Dia percaya beberapa faktor mungkin menyebabkan insiden itu berlaku seperti cuaca panas, pengecasan berlebihan atau kerana meletakkan powerbank di atas karpet.

“Saya bukan nak salahkan jenama mana-mana. Saya kongsi sebab nak jadikan pengajaran. Tolong jangan caj atas karpet, jangan overcas, dan pastikan tempat mengecas tu selamat.

“Ni baru Allah uji dengan kebakaran kecil. Kalau besar, mungkin saya tak sempat nak padam. Bomba pun nak sampai ambil masa. Jadi bersyukurlah saya sempat bertindak,” ujarnya menutup perkongsian.

Kisah ini wajar dijadikan peringatan buat semua pengguna gajet, terutama yang gemar mengecas powerbank atau telefon di atas permukaan lembut seperti karpet atau tilam.

Pastikan proses pengecasan dilakukan di kawasan yang keras, rata dan mempunyai pengudaraan baik.

Baca juga: Ada 7 Tempat Pada Badan Manusia Jadi Kesukaan JIN, Boleh Kena Ganggu Jika Ambil Mudah!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×