Pemilihan pokok untuk kubur yang sesuai ditanam adalah penting supaya dapat tumbuh subur, mudah dijaga dan tidak mengganggu kawasan sekeliling.
Dalam Islam, diharamkan untuk menanam tumbuhan yang boleh merosakkan tubuh mayat dengan akarnya, atau seumpamanya. Jika tumbuhan berkenaan hanya berpotensi sedemikian, maka hukumnya adalah dimakruhkan.
Baca juga: Pemergian Suami Buka Jalan Jodoh Baharu, Wanita Ini Kini Bergelar Isteri Kepada Adik Ipar Sendiri…
POKOK UNTUK KUBUR YANG SELALU DITANAM & SESUAI
1. Pokok kemboja

Pokok kemboja antara pokok paling sinonim dengan kawasan perkuburan kerana mudah hidup, tahan cuaca panas dan tidak memerlukan penjagaan rapi. Selain itu, pokok ini menghasilkan bunga yang harum dan dipercayai mampu mewujudkan suasana yang lebih damai serta menenangkan.
2. Pokok untuk kubur – pokok pandan

Pokok pandan juga kerap ditanam di sisi kubur, terutamanya di bahagian kepala. Daunnya yang berbau wangi sering dikaitkan dengan simbol kesegaran dan ketenangan. Ia juga mudah dijaga dan tidak terlalu besar sehingga mengganggu struktur kubur serta kawasan persekitaran.
3. Pokok bunga kenanga

Kenanga menjadi pilihan kerana baunya harum dan bunganya yang sering digunakan dalam adat tradisional Melayu. Kehadiran pokok ini dianggap memberi suasana lebih nyaman dan sejuk di kawasan perkuburan.
4. Pokok lidah jin

Pokok untuk kubur yang selanjutnya adalah pokok lidah jin popular kerana tahan lasak dan boleh hidup dalam pelbagai keadaan tanah.
Bentuknya yang tegak juga sesuai ditanam di kawasan kubur tanpa menutup pandangan atau mengganggu laluan pelawat untuk menziarahi.
5. Pokok bunga kertas

Walaupun lebih sinonim dengan hiasan laman, bunga kertas turut ditanam di sesetengah kawasan perkuburan kerana warnanya yang menarik dan sifatnya yang tidak memerlukan banyak air.
6. Pokok untuk kubur – rumput

Selain pokok berbunga, rumput juga sering ditanam untuk mengelakkan hakisan tanah serta menjaga kebersihan kawasan kubur. Ia juga memudahkan penyelenggaraan dan memberikan penampilan yang kemas.
Dalam Islam, menanam pokok di kubur dibolehkan selagi tidak disertai dengan unsur kurafat atau kepercayaan yang bercanggah dengan akidah.
Amalan meletakkan pelepah atau tanaman hijau lebih kepada usaha menjaga kawasan dan sebagai simbol doa serta harapan agar roh si mati dirahmati.
Pemilihan pokok untuk kubur yang sesuai, tidak berbahaya dan mudah diselenggara amat penting bagi memastikan kawasan kubur kekal terpelihara dan dihormati.
Baca juga: Cikgu Bongkar 5 Punca Anak Gagal Dapat Tawaran PKSK, WAJIB Baca Dulu Sebelum Buat Rayuan!
Sumber: Flora Malay & Mufti Wilayah Persekutuan
