Euforia Bola 2026
Deko & Hias

Orang Kata 7 Pokok Bunga Ini Ada ‘Penunggu’, Tapi Ramai Yang Guna Untuk Deko!

pokok bunga berhantu

Siapa sangka, ada beberapa jenis pokok bunga berhantu yang masih menjadi pilihan utama dalam dunia dekorasi moden dalam kalangan ibu-ibu.

Walaupun ada yang digelar pokok berhantu, keindahan dan simboliknya tetap memikat hati ramai pencinta alam dan seni hiasan landskap.

Baca juga: Rahsia Pokok Limau Purut Kampung Cepat Naik, Kena Buang DURI Baru Hasilnya Puas Hati!

SENARAI POKOK BUNGA BERHANTU YANG MASIH JADI PILIHAN DEKO

Berikut antara pokok bunga berhantu yang sering dikaitkan dengan unsur mistik:

1. Pokok bunga kemboja (Frangipani / Plumeria)

POKOK BUNGA BERHANTU

Bunga Kemboja dipercayai memiliki unsur ‘memanggil hantu’. Kemboja kerap dicampur dengan sesaji (persembahan) dalam ritual pemujaan dan memanggil roh.

Bunga ini juga mendapat julukan ‘bunga kubur’ kerana sering ditanam di kawasan perkuburan. Ini membuatkan bunga Kemboja semakin menyeramkan.

2. Pokok bunga berhantu – bunga harum sundal malam

POKOK BUNGA BERHANTU

Beberapa kepercayaan yakin bahawa bunga Harum Sundal Malam dapat menghalang sihir atau santau. Harumannya yang hanya terhidu pada malam hari inilah yang mungkin menimbulkan unsur seram terhadap bunga ini.

Selain itu, nenek moyang juga menggunakan keharuman bunga ini untuk tenangkan hati ketika berkabung.

3. Pokok bunga melur (Jasmine)

POKOK BUNGA BERHANTU

Sesetengah budaya, melur dikaitkan dengan kehadiran roh halus kerana baunya yang kuat. Tetapi dalam konteks dekorasi moden, bunga melur membawa maksud kesucian dan kasih sayang. Malah, ia sering digunakan dalam hiasan pelamin, majlis perkahwinan dan taman mini.

4. Pokok bunga cempaka (Michelia champaca)

POKOK BUNGA BERHANTU

Cempaka sering dikaitkan dengan amalan tradisional dan upacara tertentu dalam budaya lama. Namun kini, ia menjadi antara pokok klasik paling digemari kerana menyerlahkan suasana taman Melayu yang elegan dan wangi semula jadi.

5. Pokok bunga berhantu – bunga Kertas (Bougainvillea)

POKOK BUNGA BERHANTU

Walaupun berwarna ceria dan terang, ada yang percaya pokok ini menyerap tenaga negatif di sekeliling rumah. Dari sudut reka bentuk landskap pula, bunga kertas sangat versatil di mana ia boleh dijadikan hiasan pagar, dinding atau pergola.

6. Pokok bunga berhantu – pokok lidah jin (Snake Plant/Sansevieria)

POKOK BUNGA BERHANTU

Dalam kepercayaan Feng Shui, lidah jin dikatakan mampu menolak aura negatif. Dari sudut saintifik, ia membantu menapis udara dan menghasilkan oksigen waktu malam.

7. Pokok sirih gading (Golden Pothos)

POKOK BUNGA BERHANTU

Daunnya yang menjalar sering dikaitkan dengan tempat ‘bersembunyi’ makhluk halus, terutama bila dibiarkan menular panjang.

Walaupun setiap pokok ini ada kisah mistik tersendiri, keindahan semula jadinya sukar dinafikan. Dalam dunia dekorasi hari ini, pokok berhantu bukan lagi menakutkan, malah menjadi pelengkap gaya klasik, tropika dan moden yang penuh karakter.

Baca juga: Teknik Betul Potong Fiddle Fig Untuk Pokok Cepat Rimbun, ‘Rahsia’ Yang Ramai Belum Cuba!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×