Euforia Bola 2026
Asuh

Daripada Siti & Ahmad Ke Arissa & Rayyan? Ini Trend Nama Bayi Yang Hit & Sedang Popular 2026!

pilihan nama

Pemilihan nama anak bukan sekadar trend, tetapi satu keputusan besar yang membawa doa dan harapan sepanjang hayat. Kini, pilihan nama dalam kalangan ibu bapa semakin berubah mengikut peredaran zaman, daripada nama klasik yang sarat tradisi kepada nama moden yang lebih ringkas dan mudah disebut.

Jika dahulu nama-nama klasik seperti Kamarudin, Zainal atau Mustapha sering menjadi pilihan, kini coraknya semakin berubah dan nama moden menjadi kesukaan ramai.

Baca juga: Harga Terkini Kos Bersalin Di Hospital Kerajaan Dari Kelas 1 Hingga Kelas 3, ‘Save’ Untuk Rujukan!

PILIHAN NAMA BAYI UNTUK TAHUN 2026 YANG AKAN ‘VIRAL’

pilihan nama

Freepik

Perkongsian infografik oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengenai perbandingan trend nama dahulu dan kini jelas menunjukkan peralihan citarasa dalam kalangan ibu bapa generasi baharu. Nama yang lebih pendek, moden dan mudah disebut semakin mendapat tempat.

Menurut perkongsian JPN, nama bayi sebelum tahun 2000 kebanyakannya dipengaruhi warisan keluarga serta nilai tradisi. Nama penuh dan klasik seperti:

Lelaki: Kamarudin, Baharudin, Osman, Mustapha, Kassim, Zainal, Salleh

Ciri-cirinya:

  • Nama panjang dan klasik
  • Dipengaruhi nama datuk atau ahli keluarga
  • Sarat unsur budaya dan tradisi

Namun hari ini, pilihan semakin berbeza. Ibu bapa lebih cenderung memilih nama yang ringkas, bunyinya moden serta mudah disebut dalam pelbagai bahasa.

Contoh nama kini yang semakin popular:

Lelaki: Aariz, Danish, Rayyan, Aydan, Zayn
Perempuan: Arissa, Nayla, Kiara

Ciri nama moden:

  • Pendek dan ‘catchy’
  • Bunyi antarabangsa
  • Ejaan lebih ringkas dan kreatif

Fakta ringkas yang dikongsikan turut menunjukkan nama klasik semakin kurang digunakan, manakala nama moden dan mudah sebut menjadi pilihan utama.

pilihan nama

Senarai nama bayi hit 2026

Selain itu, di bawah ini ada beberapa nama yang dijangka menjadi pilihan ibu bapa pada 2026:

Nama bayi lelaki:

  • Aariz
  • Rayyan
  • Zayyan
  • Aydan
  • Danish
  • Faris
  • Ezra
  • Idris (kembali meningkat popular)
  • Ilyas
  • Nayel
  • Zafran
  • Qais
  • Arham
  • Elhan
  • Saif
  • Mikael
  • Noah

Nama bayi perempuan trending 2026:

  • Arissa
  • Nayla / Nailah
  • Aaira
  • Zara
  • Yara
  • Ayla
  • Inara
  • Safiya
  • Elora
  • Ameera
  • Rania
  • Kayra
  • Aleya
  • Medina

Menariknya, walaupun nama moden mendominasi, terdapat juga kebangkitan semula nama klasik Islam seperti:

  • Yusuf
  • Maryam
  • Aisyah
  • Ibrahim
  • Idris

Bezanya, ejaan kini lebih ringkas dan kontemporari, menjadikannya seimbang antara tradisi dan moden.

Trend pilihan nama ini menunjukkan perubahan cita rasa generasi baharu di mana jika dahulu nama panjang dan sarat tradisi menjadi pilihan, kini ibu bapa lebih cenderung kepada nama ringkas, moden dan mesra global.

Walau apa pun pilihannya, yang paling utama ialah makna yang baik serta doa yang tersirat di sebalik nama tersebut.

Baca juga: “MasyaAllah, Kecil-Kecil Lagi Dah Cantik”- Budak Perempuan Miliki Mata Cantik Warna Kelabu Raih Hampir 5 Juta Tontonan Video!

Sumber: Jabatan Pendaftaran Negara & Nameberry

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×