Euforia Bola 2026
Famili

Pilihan Baharu Penjagaan Kulit Sensitif Yang Diformulasi Secara Saintifik

Kalau anda atau anak-anak pernah alami masalah kulit seperti kering melampau, merah, atau gatal tak henti anda mesti tahu betapa sukarnya nak cari produk yang benar-benar selamat dan sesuai.

Faktor seperti pencemaran, habuk dan cuaca panas-lembap boleh memberi kesan pada keadaan kulit, terutamanya bagi mereka yang mempunyai kulit sensitif.

Sebab itu, penting untuk guna produk yang diformulasikan dengan teliti, lembut pada kulit, disokong sains dan sesuai untuk kegunaan harian. Antara pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah REMDII.

Cerita REMDII Bermula Dengan Seorang Ibu

Berbeza dengan jenama besar yang lahir dari pelan pemasaran berjuta-juta ringgit, REMDII bermula daripada kasih seorang ibu, Prof. Dr.Lai Oi Ming. Beliau merupakan saintis dari Univesiti Putra Malaysia (UPM) yang mempunyai kepakaran di dalam teknologi lipid ..

Melalui kepakaran dalam bidang teknologi lipid, beliau menemui tokotrienol sejenis antioksidan semula jadi dari minyak sawit merah yang terbukti 60 kali lebih berkesan daripada vitamin E biasa dalam mengurangkan kemerahan kulit

Dari kajian dan ujian di makmal, terhasillah REMDII. Produk yang lembut pada kulit tetapi berkesan, bukan hanya untuk melegakan simptom tetapi juga memperbaiki kesihatan kulit secara menyeluruh.

Apa Yang Buat REMDII Lain Dari Yang Lain?

REMDII dicipta dengan fokus pada keselamatan dan keberkesanan jangka panjang, terutamanya untuk mereka yang berdepan masalah kulit sensitif:

  • Bahan Aktif Semula Jadi – Diformulasikan dengan Full Spectrum Vitamin E daripada minyak sawit tempatan
  • Diuji Secara Klinikal – Terbukti membantu mengurangkan kemerahan, kekeringan dan kegatalan
  • Disokong Kajian Sains – Tokotrienol dipilih berdasarkan bukti kukuh dalam membantu pembaikan kulit
  • Lembut & Sesuai Untuk Kegunaan Harian – Sesuai untuk semua peringkat umur

REMDII Bina Komuniti, Bukan Sekadar Produk

REMDII menubuhkan Malaysia Eczema Support Community (MESC), sebuah kumpulan sokongan khas dengan lebih 70,000 ahli. Ia merupakan komuniti eczema pertama di Malaysia yang disokong oleh pasukan profesional seperti penyelidik, pakar dermatologi, pakar psikiatri dan pakar imunologi 

Misi mereka? Untuk mendidik dan membimbing ibu bapa serta individu dengan pengetahuan yang tepat dan sokongan emosi. Pendek kata, REMDII bukan saja bantu kulit jadi lebih sihat, tapi juga beri ketenangan dan keyakinan kepada keluarga yang sedang berjuang dengan masalah kulit sensitif

Real Testimoni, Real Impact

“REMDII sangat membantu anak remaja saya. Selepas beberapa hari guna, kemerahan dan gatal mula reda. Kulit muka pun nampak lebih sekata dan bahagian telinga dah tak digaru lagi. Kulit jadi lebih lembap dan tenang.”
Roslina Bt Anang

REMDII bukan sekadar krim biasa, ia adalah simbol usaha ibu bapa yang tak pernah berputus asa mencari solusi terbaik untuk anak.

Nak tahu lebih lanjut? Layari  laman web rasmi REMDII dan sertai komuniti MESC sekarang juga!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×