Euforia Bola 2026
Dapur

Rupanya Bentuk & Warna Kulit Telur Ayam Pun Ada Rahsia, Ini Cara Pilih Untuk Setiap Masakan!

TELUR AYAM

Telur ayam merupakan antara sumber protein paling mudah didapati, namun tidak ramai yang tahu bentuk dan warna kulitnya mempunyai makna tersendiri.

Perbezaan kecil ini sebenarnya menentukan kualiti, kandungan dan kesesuaian telur untuk pelbagai jenis masakan yang anda lakukan di rumah.

Baca juga: Cara Buat Roti Sardin Guna Bun Burger, Resipi Ringkas Penuh Nostalgia Dari Arwah Ibu Mentua

RAHSIA BENTUK & WARNA TELUR AYAM, RUPANYA BERBEZA-BEZA

TELUR AYAM

Ramai antara kita yang membeli telur tanpa memerhatikan bentuk atau warna kulitnya. Hakikatnya, bentuk dan warna telur ayam sebenarnya memberi petunjuk kepada kandungan dan kualitinya.

Menariknya, setiap perbezaan kecil itu boleh mempengaruhi cara penggunaan telur dalam masakan.

1. Bentuk lonjong

Telur yang berbentuk lonjong biasanya mengandungi lebih banyak putih telur dan mempunyai kandungan protein yang lebih tinggi. Ia sangat sesuai digunakan dalam resipi yang memerlukan banyak putih telur seperti kek span atau pavlova.

2. Bentuk bulat

Telur ayam yang berbentuk lebih bulat pula mengandungi kuning telur yang lebih banyak. Kandungan lemak semula jadi dalam kuning telur menjadikannya pilihan terbaik untuk tujuan baking kerana mampu menjadikan tekstur kek atau pastri lebih gebu dan lembut.

3. Kulit telur gelap

Telur ayam yang berkulit lebih gelap lazimnya mempunyai kulit yang lebih tebal dan tahan lama. Telur jenis ini kurang mudah pecah dan sesuai untuk disimpan dalam tempoh lebih panjang.

TELUR AYAM

Freepik

4. Kulit telur cerah

Jika kulit telur ayam kelihatan lebih cerah, itu tandanya kulitnya lebih nipis dan mudah pecah. Walaupun tidak menjejaskan rasa, ia perlu dikendalikan dengan lebih berhati-hati ketika mencuci atau menyimpan.

5. Kulit telur berbintik

Telur ayam yang mempunyai bintik pada kulitnya biasanya datang daripada ayam yang sudah berumur. Walaupun rupa luaran kelihatan kurang menarik, kualitinya masih baik dan selamat dimakan.

Kesimpulannya, setiap telur ayam mempunyai ciri tersendiri bergantung kepada bentuk dan warna kulitnya. Jadi, selepas ini apabila membeli telur, perhatikan sedikit perbezaannya.

Baca juga: Resepi Bendi Goreng Rangup Tak Serap Minyak, Boleh Jadi Idea Untuk Kudapan Anak!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×