Euforia Bola 2026
Dapur

Rahsia Orang Lama Rawat PCOS, Dengan 6 Petua Ini Haid Jadi Lancar & Hormon Pun Stabil!

petua tradisional rawat PCOS

Petua tradisional rawat PCOS telah diamalkan sejak turun-temurun sebagai ikhtiar semula jadi untuk membantu wanita yang berdepan sindrom ovari polisistik (Polycystic Ovary Syndrome).

Petua ini bukan sahaja memfokuskan kepada usaha menstabilkan hormon, malah turut membantu melancarkan haid, mengecutkan cyst kecil, serta mengawal berat badan secara tradisional.

Baca juga: Ulam Biasa Tapi Khasiatnya Luar Biasa, Kehebatan Pokok Jarum Tujuh Bilah Bantu Lawan Sel Kanser

PETUA TRADISIONAL RAWAT PCOS

petua tradisional rawat PCOS

Gambar lifestylememory

Petua tradisional orang dulu-dulu untuk masalah PCOS, biasanya berkait dengan usaha menstabilkan hormon, melancarkan haid, dan mengurangkan berat badan secara semula jadi.

Di bawah ini dikongsikan beberapa amalan lama yang masih menjadi pilihan sebahagian wanita sehingga hari ini.

1. Air Rebusan Manjakani + Halia + Kunyit

Tujuan: Seimbangkan hormon wanita, kecutkan cyst kecil, lancarkan haid.

Cara:

  1. Rebus 3–5 biji manjakani dengan 2 hiris halia dan 1 inci kunyit hidup.
  2. Minum suam 2–3 kali seminggu, semasa tidak haid.

Elak minum jika sedang cuba hamil, atau sedang datang haid.

2. Teh Daun Sireh & Daun Inai

Tujuan: Bersih rahim, lawas haid, anti-bakteria.

Cara:

  1. Rebus segenggam daun sireh dan daun inai.
  2. Minum segelas setiap pagi selama 7 hari berturut-turut.

3. Jus Kunyit Asam Jawa + Madu

Tujuan: Lancarkan haid, buang angin dalam badan, bantu hormon stabil.

Cara:

  1. Kunyit hidup ditumbuk, campur air asam jawa dan sedikit madu.
  2. Minum waktu pagi sebelum makan.

Baca juga: Sayang Nak Buang Makanan Berkulat? Ini Sebab Jangan Buat Macam Itu – Nasihat Daripada Dr Izzar

Baca juga: Ini 10 KESILAPAN Simpan Daging Korban Yang Ramai Pernah Buat, Patut Tak Tahan Lama!

4. Minyak Kelapa Dara (VCO)

Tujuan: Seimbangkan hormon, bantu turunkan berat badan, anti-radang.

Cara:

  1. Minum 1 sudu pagi & malam setiap hari.
  2. Boleh juga digunakan untuk urut perut/pinggang.

5. Air Rebusan Serai + Halia + Limau Nipis

Tujuan: Buang angin, bantu kurus, betulkan kitaran haid.

Cara:

  1. Rebus 2 batang serai, 1 inci halia, dan 1 limau nipis (perah jus sahaja).
  2. Minum suam sebelum tidur, 2–3 kali seminggu.

6. Jamu Homemade – Kunyit, Temu Kunci & Halia

Tujuan: Rawat dalaman wanita, kuatkan rahim, bantu masalah hormon.

Cara:

  1. Tumbuk 1 inci kunyit, 1 inci halia, 1 ruas temu kunci.
  2. Rebus dan minum 2 kali seminggu.

Amalan tambahan petua dulu-dulu

  1. Bertangas: Guna bahan daun sirih, halia, manjakani untuk bantu memulihkan rahim.
  2. Urutan perut atau pinggang: Amalan orang dulu untuk betulkan kedudukan rahim dan lancarkan darah.
  3. Elak minum ais dan makanan sejuk: Dipercayai boleh ‘sejukkan rahim’ dan ganggu hormon.

Baca juga: Resipi Peach Gum Enak Berkhasiat, Kaya Dengan Herba Yang Boleh Buat Kulit Anjal & Gebu!

Sumber: TikTok @iffah_zulkifli

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×