Euforia Bola 2026
Cantik

6 Petua Rawat Hati Busuk & Dengki, Warisan Orang Lama Yang Masih Relevan Hari Ini

petua rawat hati busuk

Petua rawat hati busuk bukan sekadar nasihat kosong orang tua-tua, tapi amalan turun-temurun yang ternyata membantu menyucikan jiwa daripada sifat dengki, iri hati dan amarah.

Dalam dunia yang makin sibuk dan penuh tekanan, ramai antara kita tidak sedar hati mula dipenuhi rasa negatif yang mencemarkan fikiran dan hubungan sesama manusia.

Baca juga: Petua Lenyapkan Kayap, Guna Getah Tandan Pisang Jenis Ini Yang Masih Tergantung!

PETUA RAWAT HATI BUSUK DAN DENGKI DARI ORANG DULU-DULU

petua rawat hati busuk

Gambar hiasan: azerbaijan_stockers.

Melalui amalan harian seperti muhasabah diri di depan cermin, mandian aura daun sirih serta membaca ayat-ayat penyejuk hati, kita sebenarnya sedang mendidik hati untuk kembali jernih, lembut dan tenteram.

Petua lama yang dikongsikan TikTok @iffah_zulkifli ini mungkin nampak ringkas, tapi kesannya sangat mendalam. Bukan hanya pada hati, malah terpancar pada wajah dan rezeki.

Baca juga: Letak Bunga Cengkih Dalam Syampu Untuk Rambut Lebat, Petua Ini WAJIB Kena Cuba!

1. Selalu tengok cermin dan cakap dengan diri

Orang tua-tua akan suruh “tengok cermin dan muhasabah diri” setiap kali terasa iri atau marah. Tengok balik siapa kita dan ingat, setiap rezeki ada bahagiannya.

2. Rutin awal pagi

Bangun sebelum subuh, minum air suam dan baca selawat tiga kali. Pasang niat untuk buang semua rasa buruk dalam hati.

Kebaikannya ialah dapat menyejukkan hati, rendahkan ego dan membersihkan perasaan yang menyesakkan jiwa.

3. Amalkan ayat-ayat pembersih hati

Orang lama baca ayat seperti:

  • Surah Al-Insyirah (melapangkan dada)
  • Surah Al-Hasyr ayat 24
  • Selawat Syifa

Kebaikannya adalah untuk melembutkan hati, buang rasa iri dan dekatkan diri pada kasih sayang Allah  SWT.

Baca juga: Mulut Busuk Makan Petai, Ada Cara 1 Minit Hilangkan & Nafas Kembali Normal!

4. Mandian buang aura negatif

Daun sirih dan limau purut sebagai mandian buang aura negatif.

  • Rebus daun sirih, limau purut dan bunga kenanga.
  • Buat mandian waktu pagi Jumaat.

Pasang niat untuk membersihkan aura negatif dan buka hati kepada kebaikan.

5. Selalu sedekah walau 10 sen

Orang lama kata, nak melembutkan hati, tangan kena ringan memberi.

Kesannya, sedekah kecil-kecilan ubah rasa dalam hati. Hati yang memberi, takkan busuk lama-lama.

6. Jangan simpan dendam lebih dari 3 hari

Orang tua-tua pesan,

“Kalau marah, cukup 3 hari. Lepas itu, berdosa.”

Nasihat ini, mengajar kita jangan lama-lama simpan racun dalam hati.

Penutup dari petua orang lama:

  • “Kalau hati busuk, muka pun lambat laun nampak muram.”
  • “Kalau hati bersih, wajah berseri, rezeki pun terbuka.”

Baca juga: Letak Bantal Antara 2 Kaki Semasa Tidur Mengiring Beri 6 Manfaat, Wajib Cuba!

Sumber: TikTok @iffah_zulkifli

FT Image: TikTok @iffah_zulkifli / AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×