Euforia Bola 2026
Sihat

Kaedah Rawat Asma Guna Cara Tradisional, Tok Guru Kongsi Petua Ikan Dalam Mulut Ikan

PETUA RAWAT ASMA

Pernah dengar tentang petua rawat asma menggunakan ikan yang ada di dalam mulut ikan lain? Kedengaran pelik, tetapi inilah antara amalan tradisional yang dikatakan diamalkan sejak turun-temurun oleh orang dahulu sebagai ikhtiar bagi meredakan penyakit lelah atau asma.

Petua ini turut dikongsi oleh seorang pengguna media sosial yang menjelaskan bahawa petua rawat asma ini diajar oleh tuan gurunya.

Baca juga: Awas! Jangan Terbalikkan Tong Gas Macam Ini, Silap Langkah Boleh Jadi Tragedi Di Dapur

PETUA RAWAT ASMA GUNA IKAN DALAM MULUT IKAN

PETUA RAWAT ASMA

Tadi ketika berkunjung ke pasar, pandangan saya tertarik pada sesuatu yang pelik, seekor ikan dan di dalam mulutnya, seekor ikan lain yang lebih kecil. Pemandangan luar biasa itu tiba-tiba mengingatkan saya kepada ajaran Tuan Guru suatu ketika dahulu, tentang petua-petua jarang ditemukan yang diwarisi turun-temurun.

Menurut Tuan Guru, antara petua untuk merawat penyakit asma, ada beberapa cara yang jarang diketahui orang zaman sekarang, namun diyakini oleh orang-orang terdahulu sebagai ikhtiar semula jadi.

Petua pertama

Carilah seekor ikan yang mempunyai ikan di dalam mulutnya. Ikan ini dianggap “berisi tuah” dan dipercayai mempunyai khasiat tersendiri. Ikan tersebut boleh direbus atau dimasak menjadi sup, kemudian dimakan oleh individu yang menghidap asma.

Petua kedua

Ambil telur ayam kampung, tebuk sedikit di bahagian atasnya dan masukkan getah betik ke dalamnya. Selepas itu, rebus telur tersebut hingga masak dan berikan kepada pesakit asma untuk dimakan.

Selain untuk orang dewasa, Tuan Guru juga pernah berkongsi rawatan tradisional untuk kanak-kanak yang menghidap asma.

Bagi kanak-kanak, petuanya sedikit berbeza:

Cara pertama, jadikan labu air sebagai sup kemudian makan bersama nasi.

Cara kedua, ambil air dari piring makanan ibu, air yang tinggal selepas ibu makan dan berikan sedikit kepada anak yang mengalami asma.

Menurut Tuan Guru, semua ini bukanlah jaminan penyembuhan mutlak, tetapi lebih kepada ikhtiar dan kepercayaan lama yang penuh dengan makna dan simbolik.

Bagi sesiapa yang sedang berikhtiar merawat asma, tidak salah mencuba cara tradisional ini selagi tidak memudaratkan. Kadang-kadang, di sebalik sesuatu yang nampak pelik, tersembunyi rahsia alam yang belum kita fahami sepenuhnya.

Baca juga: Resepi Sup Kosong Ala Gerai Ini Dapat 20K Shares, Letak Bahan Ini Baru Lagi Puas Nak Hirup!

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×