Masalah batu karang sering menjadi punca sakit pinggang yang tidak tertahan dan memerlukan rawatan hospital. Itulah yang dialami oleh isteri PakLong Hery, pada Disember 2024 lalu apabila terpaksa bermalam dua malam di Hospital Kulim akibat sakit buah pinggang yang teruk.
Selepas doktor mengesahkan punca sakit adalah batu karang, PakLong Hery terus mencari cara semula jadi untuk membantu isterinya.
Baca juga: Pesakit Autoimun Kongsi Ramuan Ubat Batuk Berkesan, Orang Cina Zaman Dulu Selalu Amalkan!
PETUA PECAHKAN BATU KARANG SEHINGGA BERPASIR

Gambar PakLong Hery: Batu karang yang dikesan melalui CT scan.
Melalui perkongsian PakLong Hery di Facebook, dia menemui dua bahan utama iaitu nenas batu yang diperlukan dalam kuantiti banyak dan daun pecah beling atau dikenali juga sebagai ‘daun pecah batu’ untuk membantu memecahkan batu karang sehingga berpasir.
Berikut ialah bahan-badan dan cara untuk menyediakan minuman yang dikatakan membantu memecahkan batu karang:
- 2–3 biji nenas batu (buang duri dan kulit luar)
- Gula batu secukupnya
- Air 1 gelas
- 3–7 helai daun pecah batu
- 3 ulas bawang putih
- 1 batang serai
Cara penyediaan jus nenas batu:
- Potong nipis nenas batu seperti bawang
- Masukkan ke dalam blender bersama gula batu dan segelas air
- Ambil hanya jus dan minum 2–3 kali sehari (pagi, petang, malam)
Cara penyediaan rebusan daun pecah batu:
- Rebus 3–7 helai daun pecah batu bersama 3 ulas bawang putih dan 1 batang serai
- Minum air rebusan 2–3 kali sehari
- Air rebusan boleh disimpan di peti sejuk untuk kegunaan beberapa hari
Baca juga: Tengah Cuba Dapatkan Zuriat? Ini Makanan Pantang Wajib Elak Yang Ramai Buat Dan Berjaya Hamil

Gambar PakLong Hery: Daun pecah batu dan nenas batu.
Menurut PakLong Hery, selepas seminggu pengamalan, isterinya mula merasai perubahan. Di mana, sakit pinggang berkurangan dan proses membuang air kecil lebih lancar. Tidak lama kemudian, batu karang berjaya keluar dalam bentuk berpasir.
Pada awal Februari 2025, isterinya menjalani CT scan kedua di GH Penang bersama pakar dan keputusan menunjukkan dia bebas daripada batu karang.
Selain minuman ini, amalan meminum air barli juga boleh membantu mengeluarkan batu karang secara semula jadi, tetapi kaedah itu tidak memecahkan batu sehingga berpasir seperti resipi PakLong Hery.
Petua ini boleh dikongsi bersama rakan dan keluarga supaya lebih ramai mendapat manfaat daripada cara semula jadi yang mudah diamalkan ini.
Peringatan!
*Petua ini hanyalah ikhtiar semula jadi. Untuk rawatan yang selamat dan nasihat perubatan yang tepat, sentiasa rujuk doktor atau pakar perubatan sebelum mencuba sebarang cara alternatif.
Baca juga: 9 Makanan Perlu Elak Jika Selalu Alami Perut Berangin & Gastrik, Wanita Ini Dedah Rahsia
Sumber: Facebook PakLong Hery
