Euforia Bola 2026
Asuh

Bayi Demam & Batuk Berkahak… Ibu Cuba Petua ‘Mengarut’ Letak Bawang Di Tapak Kaki, Terkejut Menjadi!

bayi demam

Bayi demam pastinya membuatkan ibu bapa runsing, lebih-lebih lagi apabila anak kecil masih berusia beberapa bulan sahaja.

Begitulah pengalaman yang dikongsikan oleh seorang ibu muda, Nurul Syazana Syahieran, yang sanggup mencuba pelbagai ikhtiar bagi meredakan demam dan batuk berkahak dialami bayinya yang baru berusia tiga bulan.

Baca juga: Anak Jamal Abdillah Buat Onar Lagi ‘Tidur’ Dengan Lembu Pula, Netizen Terhibur “Inilah Zaman Kanak-Kanak Sebenar!”

PETUA LETAK BAWANG DI TAPAK KAKI BAYI DEMAM

bayi demam

Menurutnya, keadaan anaknya sangat menyedihkan kerana hidung tersumbat, sukar bernafas dan sering batuk berkahak hingga menjejaskan waktu tidurnya. Malah, suhu badan anaknya pernah mencecah 39 darjah Celsius.

Nurul Syazana berkata, pada malam sebelumnya dia dan suami tidak dapat tidur lena kerana si kecil sering meragam. Malah, bayi hanya boleh tidur sekejap-sekejap dan perlu didukung di atas dada agar dapat bernafas dengan lebih baik.

Dalam keadaan buntu, dia membaca pelbagai komen warga maya yang memberi cadangan rawatan alternatif untuk meredakan bayi demam dan batuk berkahak. Antara petua yang paling banyak dikongsikan ialah dengan meletakkan bawang di bawah tapak kaki bayi atau berhampiran tempat tidur.

Meskipun pada awalnya ragu-ragu, dia akhirnya nekad mencuba.

“Lebih kurang setengah jam selepas letakkan bawang di tapak kaki, bayi saya mula bersin berkali-kali. Hingus berwarna hijau kekuningan keluar, malah kahak yang sebelum ini susah dikeluarkan akhirnya terkeluar. Lega rasa hati bila melihat keadaannya beransur baik,” katanya.

Baca juga: Gara-Gara Muntah Cacing Keluar Dari Hidung & Mulut, Budak Usia Setahun Perlu Jalani Pembedahan Segera!

Dia menambah, selepas membiarkan bawang di tapak kaki bayinya sehingga ke petang, suhu badan anak kembali normal, hidung tidak lagi tersumbat dan kembali aktif seperti biasa. Malah, tangisannya diganti dengan tawa kecil yang amat dirindui.

“Syukur alhamdulillah, akhirnya petua bawang ini sesuai dengan anak saya. Memang benar setiap tubuh manusia berbeza, ada yang serasi dan ada yang tidak. Namun bagi anak saya, rawatan semula jadi ini ternyata sangat membantu,” katanya.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai ibu bapa yang turut berkongsi pengalaman serupa. Walaupun ia merupakan petua tradisional, Nurul Syazana mengingatkan agar setiap ibu bapa tetap berhati-hati dan mendapatkan rawatan pakar sekiranya keadaan bayi tidak menunjukkan tanda pemulihan.

Baca juga: [VIDEO] Laungan Azan Lunak & Penuh Penghayatan Murid Ini Buat Ramai Menangis, Raih Johan Pertandingan!

Sumber: Nurul Syazana Syahieran II

FT Image: Nurul Syazana Syahieran II

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×