Euforia Bola 2026
Deko & Hias

DIY Servis Peti Ais Yang Kurang Sejuk Tanpa Keluarkan Modal!

peti ais tak sejuk

Peti ais tak sejuk boleh menyebabkan makanan yang disimpan di dalamnya menjadi rosak. Bagi anda yang mengalaminya, mungkin boleh cuba dengan cara di bawah ini. Tambahan pula, bila dibaiki sendiri ia tidak memerlukan modal yang besar.

Baca juga: [VIDEO] Cara Mudah Cuci Mesin Basuh, Buang Kotoran & Keladak!

PETI AIS TAK SEJUK BAIKI CARA D.I.Y

peti sejuk

Gambar: freepik

Tips DIY peti sejuk yang kurang sejuk. Boleh jimat mungkin dalam RM250, sebab DIY sendiri modal RM40 sahaja.

Itu pun keluar modal sebab masalah no 2 (di bawah), masalah no 1 tak perlu keluar modal langsung. Tak perlu panggil pomen. Kalau anda mengalami masalah ini, boleh cuba buat sendiri.

2 jenis masalah peti ais

  1. Masalah bahagian bawah peti dan bahagian freezer tak sejuk (letak ikan pon 2 hari dah buruk).
  2. Masalah bila on peti ais, main breaker akan trigger dan off automatik, ada kebocoran arus.

Baca juga: Guna Pencuci Murah ‘Deep Clean’ Peti Ais, Hilang Terus Kotoran Degil Berbulan Tu!

Cara-cara D.I.Y sendiri masalah pertama:

peti ais tak sejuk

  1. Tutupkan suis peti ais.
  2. Buka cover cooling coil seperti gambar.
  3. Cabut perlahan-lahan cover dan cabut socket yang bersambungan.
  4. Anda akan nampak ketulan ais dibelakang cover cooling coil telah menutup laluan udara sejuk ke atas dan kebawah, ini yang menyebabkan peti ais anda tidak sejuk.
  5. Setelah ketulan ais dah mencair, tutup kembali semua cover yang dicabut dan pasang semua socket kembali ketatkan.
  6. Jangan lupa cek takungan air, buang atas compressor dekat belakang peti ais. Takut-takut melimpah pulak air tu ya.
  7. Peti ais boleh digunakan seperti biasa.

peti ais tak sejuk

Ada 2 cara untuk mencairkan ketulan ais tersebut, sama ada dengan menggunakan hair dryer atau biarkan peti ais mati dalam masa 3-4 hari.

Untuk masalah kurang sejuk sahaja, kalau tidak sejuk langsung…sila panggil pomen yang lebih arif, mungkin gas habis atau compressor anda tidak berfungsi. Tapi apa salah mencuba cara ni dulu.

Baca juga: Ini 10 Cara Halau Cicak Dari Rumah. Tak Datang ‘Berkampung’ Dah, Hidup Tenang!

Cara-cara D.I.Y masalah kedua:

peti ais

  1. Tutupkan suis peti ais.
  2. Buka cover cooling coil seperti gambar.
  3. Cabut perlahan-lahan cover dan cabut socket yang bersambungan.
  4. Lihat glass heater yang berada dibawah cooling coil, mungkin telah pecah dan spring heater telah menyentuh body peti ais, ini yang menyebabkan main breaker selalu trigger dan off.
  5. Keluarkan glass heater yang berada dibawah cooling coil dan tukar baru mengikut saiz yang sama. Modal glass heater cuma RM40 sahaja.
  6. Pasang kembali glass heater dan semua cover dan socket yang dicabut.
  7. Peti ais dah boleh dibuka tanpa masalah.

Baca juga: Cara Tukar Getah Pintu Peti Sejuk Yang Tertanggal, 2 ‘Steps’ Je & Jimat Kos Bila Buat Sendiri!

Sumber: Facebook Mohd Hafiz Zullkipeli

FT Image: Mohd Hafiz Zullkipeli / freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×