Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Abang, Sayang Penat…” Tangisan Sunyi Isteri Di Usia 40an, Ini Yang Suami Perlu Bersedia & Faham!

usia 40an

“Abang, saya penat… tapi tak tahu nak cakap macam mana.” Ayat begini mungkin kedengaran asing waktu awal perkahwinan. Tapi bila isteri sudah mencecah usia 40an, perlahan-lahan nada suara, bahasa tubuh dan emosi mereka mula berubah.

Kadang-kadang rasa muram tanpa sebab, mudah letih, cepat marah atau tiba-tiba menangis. Suami? Kebanyakannya terdiam. Tak tahu nak balas macam mana.

Baca juga: Dia Isteri & Dia Juga Yang TANGGUNG Keluarga, Realiti Ramai Wanita Hari Ini

PERUBAHAN ISTERI DI USIA 40AN

usia 40an

Gambar oleh Norsahida Mohamad Said

Realitinya, ini bukan soal isteri yang makin “sensitif”, tapi tentang perubahan besar dalam tubuh dan emosinya iaitu fasa yang dinamakan pra-menopause (pre-menopause).

Sebagaimana dikongsikan oleh Norsahida Mohamad Said di hantaran Facebook, yang menjelaskan bahawa ia adalah satu fasa yang terpaksa hadapi ramai wanita, dalam diam.

Kenapa isteri berubah bila masuk fasa ini?

Bukan sebab dia sengaja mahu menjauh. Bukan sebab cinta sudah pudar. Tapi hormon dalam tubuhnya mula berperang secara senyap seperti roller coaster.

  1. Kadang panas tiba-tiba.
  2. Kadang sebak tanpa sebab.
  3. Kadang lesu sepanjang hari.
  4. Kadang rasa diri tak berguna, tak disayangi.

Dan yang paling menyedihkan, ramai suami tak tahu. Malah, ada yang menyangka isteri mereka cuma mengada-ngada atau sedang merajuk.

Sedangkan hakikatnya, isteri sedang berjuang dengan tubuh, fikiran dan emosinya sendiri.

Baca juga: Pelakon Ika Nabila Sokong Suami Beri ‘Upah’ Menyusu Pada Isteri, “Ini Tugas Sepenuh Masa Bukan Kerja Waktu Pejabat”

Apa yang suami boleh buat?

Fasa pre-menopause bukanlah hukuman. Tapi ia boleh jadi saat paling mendekatkan hubungan, kalau suami benar-benar faham dan sedia menyokong.

  • Ambil tahu tentang perubahan hormon wanita
  • Tenangkan dia bila emosinya naik turun.
  • Jangan ambil hati bila isteri “meletup” tiba-tiba yang dia sendiri tak faham kenapa
  • Peluk dia, tak perlu kata apa-apa
  • Dengar luahannya walaupun sama saja setiap kali
  • Tawarkan bantuan kecil seperti bancuh air, lipat kain, peluk dari belakang

Kadang-kadang, seorang wanita bukan perlukan hadiah mahal. Dia cuma nak difahami dan tahu, “Kalau aku lemah hari ni, suami aku tetap sayang aku…”

Ingatlah wahai suami…

Wanita yang tidur di sebelah anda setiap malam itu, dia pernah serahkan segalanya untuk rumah tangga ini.

Dia pernah lahirkan anak-anak anda. Pernah urus rumah tanpa upah. Pernah diam saat dirinya terasa, sebab nak jaga hati semua orang.

Bila hormon membuat dia lemah, jangan jadi beban baru. Jadilah tempat dia berpaut.
Kerana bila wanita tenang, satu keluarga akan ikut bahagia.

Dan bila isteri rasa difahami, dia akan bagi seluruh jiwanya seperti mula-mula anda melamarnya dulu.

Pre-menopause bukan drama. Tapi ia boleh jadi luka sunyi, kalau tiada siapa yang peduli.

Baca juga: Isteri Obses Hidu Nafas Suami Wangi Macam Bayi Bila Bangun Tidur, Bikin Orang Lain Cemburu!

Sumber: Norsahida Mohamad Said

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×