Euforia Bola 2026
Famili

Harian Metro & DRB-HICOM Anjur Pertandingan Pantun, Pelajar Menengah Di Selangor Jom Hantar Penyertaan!

pertandingan pantun

Pertandingan pantun bertemakan peribahasa anjuran Harian Metro bersama DRB-HICOM bakal mencuri perhatian pelajar sekolah menengah di Selangor tahun ini.

Buat julung kalinya, inisiatif ini menjadi platform penting dalam memperkukuh seni sastera Melayu, mencungkil bakat generasi muda dan memastikan warisan pantun terus segar merentasi zaman.

Baca juga: Bukan Sekadar Lagu Patriotik, Ini 5 Karya Agung Lagu Tema Kemerdekaan Jadi Siulan Ramai

PERTANDINGAN PANTUN TEMA PERIBAHASA PERINGKAT SELANGOR

pertandingan pantun

Kerjasama strategik Harian Metro & DRB-HICOM

Harian Metro dengan sokongan rakan strategiknya DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) menganjurkan pertandingan ini sebagai usaha memartabatkan seni pantun sambil mendekatkan industri dan media arus perdana dengan generasi muda.

Penganjuran ini turut mendapat kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS).

Majlis pelancaran telah berlangsung di Balai Berita Bangsar sebagai simbolik jalinan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Turut hadir barisan pengurusan kanan Harian Metro dan DRB-HICOM termasuk Jasbant Singh (Pengarang Urusan Kumpulan, Berita dan Ehwal Semasa), Farrah Naz Abd Karim (Pengarang Kumpulan New Straits Times), serta Husain Jahit (Pengarang Kumpulan Harian Metro).

DRB-HICOM pula diwakili oleh Ketua Pegawai Komunikasi, Cairil Irwan Amir dan Nur Balkish Hood (Pengurus Besar Komunikasi Strategik Kumpulan).

Misi memartabatkan warisan pantun

Menurut Pengarang Kumpulan Harian Metro, Hussain Jahit, pertandingan ini menjadi landasan penting dalam memperkukuh peranan sastera Melayu sebagai warisan kebangsaan.

Beliau menegaskan bahawa pertandingan ini bukan sahaja menggalakkan penghayatan pantun dan peribahasa, tetapi juga membentuk generasi pelajar yang lebih kreatif, berdaya saing dan berbangga dengan identiti budaya mereka.

DBP pula akan bertindak sebagai rakan kerjasama rasmi dalam aspek penjurian, bagi memastikan ketepatan penggunaan bahasa dan sastera Melayu terpelihara sepanjang pertandingan berlangsung.

Baca juga: Dah 67 Tahun Malaysia Merdeka, Ini Senarai Logo & Tema Hari Kebangsaan 1970 – 2024!

SYARAT & FORMAT PERTANDINGAN

Pertandingan pantun ini dibuka kepada pelajar sekolah menengah harian Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 di seluruh negeri Selangor. Antara butiran penting pertandingan:

  • Penyertaan awal: 12 Ogos – 31 Ogos 2025
  • Format kumpulan: 3 pemantun + 1 simpanan
  • Pantun saringan: 3 rangkap balasan + pautan video interaktif dihantar melalui Google Form
  • Peringkat suku akhir & separuh akhir: 23 September 2025
  • Peringkat akhir: 29 September 2025 di Dewan Bahasa dan Pustaka

Lapan kumpulan terbaik akan dipilih ke peringkat suku akhir. Daripada itu, empat kumpulan akan mara ke separuh akhir, sebelum dua kumpulan terbaik bertanding di pentas akhir.

Persembahan akhir bakal menampilkan segmen Pantun Lakon, iaitu gabungan seni pantun dengan elemen lakonan yang menambah warna baharu kepada tradisi pantun.

Dengan penglibatan DRB-HICOM, Harian Metro, DBP dan JPNS, pertandingan ini diyakini mampu menjadi wadah segar untuk menghidupkan kembali tradisi pantun dalam kalangan anak muda. Ia bukan sekadar pertandingan, malah simbol usaha kolektif untuk memastikan warisan Melayu terus dihargai dan dipertahankan.

Untuk maklumat lanjut penyertaan, pelajar boleh mengimbas kod QR rasmi atau mengikuti laman sosial Harian Metro.

Baca juga: Jadi Kebanggaan Malaysia & Dunia, Ini 6 Tokoh Wanita Popular Jadi Inspirasi!

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×