Euforia Bola 2026
Didik

Permohonan Subsidi Yuran Anak Autisme Dibuka Hari Ini! Ibu Bapa Boleh Mohon Dengan Cara Ini

Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme

Berita baik mengenai pembukaan permohonan Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 ini sedikit sebanyak mampu memberi kelegaan buat keluarga yang memerlukan bantuan kewangan untuk anak-anak autisme mereka.

Hal ini kerana, ramai ibu bapa yang mempunyai anak istimewa pastinya memahami cabaran kos terapi dan pembelajaran yang semakin meningkat saban tahun.

Baca juga: Dulu Main Suka-Suka, Kini Gasing ‘Beyblade’ Diiktiraf Sebagai Sukan Kokurikulum Sekolah Di Malaysia

PERMOHONAN SUBSIDI YURAN PEMBELAJARAN AUTISME 2026

Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme

Gambar hiasan: Gemini AI

Menerusi perkongsian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Facebook, permohonan subsidi tersebut kini dibuka semula bermula hari ini (15 Mei 2026) sehingga 15 Julai 2026.

Menurut JKM, inisiatif berkenaan dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) sebagai usaha membantu ibu bapa atau penjaga yang menanggung kos pembelajaran anak autisme.

Dalam kenyataan sama, bantuan secara one-off sebanyak RM1,000 itu diberikan kepada anak autisme yang layak bagi membantu menyokong akses pembelajaran serta intervensi awal yang berkualiti.

Setakat April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.

Baca juga: 16 Idea Hadiah Hari Guru Paling ‘Confirm Cikgu Guna’ Dalam Kelas, Mesti Tersenyum Bila Nak Guna!

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi

Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan, terdapat beberapa syarat utama yang telah ditetapkan pihak JKM. Antaranya ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Anak autisme pemegang Kad OKU JKM
  • Berumur bawah 18 tahun
  • Pendapatan per kapita isi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah

Pusat pembelajaran yang dimaksudkan termasuk Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang menyediakan perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak autisme.

Bagi pengiraan pendapatan per kapita pula, ibu bapa boleh membahagikan jumlah pendapatan isi rumah dengan jumlah bilangan ahli keluarga dalam rumah tersebut.

Baca juga: Slip Tak Laku Untuk Mohon Kerja Kerajaan, Ini Cara Mudah Dapatkan Sijil SPM Yang Hilang Secara ‘Online’!

Cara mohon Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme 2026

Bagi ibu bapa atau penjaga yang ingin membuat permohonan, berikut merupakan langkah yang perlu dilakukan:

  1. Dapatkan borang permohonan: Borang boleh diperoleh melalui laman web rasmi JKM atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
  2. Isi maklumat lengkap pemohon: Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan termasuk dokumen berkaitan sebelum dihantar.
  3. Serahkan borang kepada pihak PUSPA: Borang permohonan perlu diserahkan kepada Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) tempat anak mengikuti pembelajaran atau terapi.
  4. Pihak PUSPA akan buat pengesahan: Selepas disemak, pihak PUSPA akan menghantar borang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
  5. Tunggu proses semakan dan kelulusan: Permohonan akan melalui proses semakan sebelum keputusan rasmi dikeluarkan oleh pihak JKM.

JKM turut mengingatkan orang ramai supaya tidak melepaskan peluang ini demi membantu perkembangan dan masa depan anak-anak istimewa.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, ibu bapa boleh hubungi atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berdekatan. Selain itu, anda boleh imbas kod QR untuk muat turun borang permohonan dan senarai semak dokumen.

Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme

Gambar: JKM

Sumber: Facebook Jabatan Kebajikan Masyarakat

FT Image: Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×