Euforia Bola 2026
Rakyat

Permohonan MyKad 12 Tahun Kini Boleh Dibuat Secara Online, Ini Syarat & Bayaran Ibu Bapa Perlu Tahu

permohonan mykad

Bagi ibu bapa yang mempunyai anak mencecah usia 12 tahun, proses permohonan MyKad merupakan satu perkara penting yang tidak boleh diabaikan. Kini, urusan tersebut menjadi lebih mudah apabila permohonan boleh dilakukan secara dalam talian dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan.

Baca juga: Keluar Cari Kelengkapan Buku Sekolah Anak, Penunggang Motosikal Terpelanting Maut Dilanggar Pemandu Mabuk

PERMOHONAN MYKAD 12 TAHUN DIBUKA SECARA ONLINE

PERMOHONAN MYKAD

MyKad bagi kanak-kanak berusia 12 tahun adalah dokumen pengenalan diri pertama yang wajib dimiliki. Justeru, ibu bapa atau penjaga perlu peka dengan tempoh permohonan serta bayaran yang dikenakan bagi mengelakkan sebarang penalti.

Kadar bayaran adalah bergantung kepada tempoh permohonan dibuat:

Percuma: Permohonan yang dibuat dalam tempoh 30 hari pertama selepas genap umur 12 tahun.

RM10.00: Permohonan yang dibuat selepas tempoh 30 hari sehingga sebelum umur 16 tahun

Permohonan boleh dibuat di sini: JPN

Berikut merupakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi:

1. Warganegara Malaysia yang telah mencapai umur 12 tahun tetapi belum 16 tahun.

2. Pemohon perlu hadir bersama penganjur iaitu ibu atau bapa atau penjaga yang sah seperti datuk, nenek, ibu saudara, bapa saudara, abang atau kakak yang berumur 21 tahun ke atas.

3. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh 30 hari selepas tarikh genap umur 12 tahun. Kelewatan akan dikenakan caj pemprosesan.

PERMOHONAN MYKAD

4. Sekiranya penganjur adalah selain daripada kategori di atas, anda perlu mengemukakan surat akuan berkanun dan surat pengesahan penjagaan pemohon dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) hendaklah dibawa bersama.

Bagi memastikan proses berjalan lancar tanpa sebarang bayaran tambahan, ibu bapa disarankan untuk membuat permohonan sebaik sahaja anak mencapai umur 12 tahun.

Selain mengelakkan caj, tindakan awal juga dapat memastikan anak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah untuk pelbagai urusan rasmi pada masa akan datang.

Baca juga: “Pagi Itu Putih Dari Biasa…” — Kakak Dedah Perubahan Pelik Sebelum Adik Maut Dirempuh Kereta Di Sekolah

Sumber: Facebook Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri Selangor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×