Euforia Bola 2026
Famili

“Ibu Ayah Tertuduh Tengok Dia Cuci Kereta Berkali-Kali” Perkembangan Baharu Kes 61 Tikaman Jadi Perhatian

61 tikaman

Siasatan berhubung kes 61 tikaman yang mengorbankan seorang pelajar wanita kini memasuki fasa baharu apabila beberapa kronologi penting kejadian mula didedahkan kepada umum menerusi liputan Rancangan 999.

Kes yang meragut nyawa penuntut Kolej Poly-Tech MARA (KPTM), Nurfisya Zulkifly, 19, itu sebelum ini menggemparkan ramai selepas mangsa ditemukan dengan 61 kesan kecederaan pada tubuhnya.

Baca juga: Kronologi Terkini Kes Nurfisya Zulkifly: Penuntut Kolej Dit*kam 61 Kali, Apa Sebenarnya Berlaku Di Ketereh?

61 tikaman

Suspek dan mangsa baru berkenalan sehari

Menurut Ketua Polis Kelantan, Dato’ Mohd Yusoff Mamat, siasatan mendapati mangsa dan tertuduh, Muhammad Hazim Muhammad, 19, baru sahaja berkenalan sehari menerusi aplikasi media sosial.

Difahamkan, mereka kemudian keluar makan malam bersama dengan menaiki sebuah kereta Perodua Bezza berwarna putih.

“Dalam 11.00 malam lebih, mungkin berlaku pertengkaran yang menyebabkan suspek marah sehingga berlakunya jenayah itu. Benda ini masih dalam siasatan.

“Sehingga hari pertuduhan nanti, kita akan maklumkan punca utamanya. Mereka kenalan baru 1 hari. Ini adalah isu ketakutan atau kemarahan melampau hingga menyebabkan emosi terganggu,” katanya.

Baca juga: “Berbaiklah Semula Dengan Acik…” – Bapa Terkilan Dedah ‘Surat Cinta’ Menggelikan Pemandu Van Kepada Anak 12 Tahun

Tertuduh didakwa singgah ambil alatan sebelum hantar mangsa pulang

Tertuduh didakwa sempat singgah ke rumahnya bagi mengambil sebilah alatan sebelum meneruskan perjalanan menghantar mangsa pulang.

Jarak perjalanan dari rumah tertuduh ke lokasi mayat mangsa ditemukan dianggarkan sekitar lima kilometer.

Selepas kejadian penganiayaan berlaku, mangsa dipercayai sempat membuka pintu kereta dalam usaha menyelamatkan diri.

Namun panik selepas terlihat cahaya daripada kenderaan lain, tertuduh didakwa terus meninggalkan lokasi kejadian sebelum mayat mangsa ditemukan orang awam.

Selain itu, tertuduh juga dipercayai membuang beberapa barang peribadi milik mangsa di kawasan tali air bagi menghapuskan bukti.

61 tikaman

Baca juga: “Ingatkan Malas Ke Tandas, Rupanya…”-Isteri Ako Mustapha Sebak Anak Trauma Dibuli Sampai Terkencing & Terberak Dalam Seluar

Didakwa cuci kereta berkali-kali hingga pagi

Antara perkara yang turut mendapat perhatian ramai ialah dakwaan bahawa tertuduh mencuci kenderaan milik bapanya berkali-kali selepas kejadian berlaku.

Menurut laporan tersebut, tertuduh dipercayai mula mencuci kesan merah pada kereta itu dari tengah malam selepas kejadian sehingga ke pagi keesokannya. Dikatakan, tindakan itu rupanya diketahui oleh ibu bapanya sendiri.

Bagaimanapun ketika polis melakukan serbuan di rumah, ibu bapa tertuduh dikatakan enggan memberikan kerjasama dan menyatakan “tidak tahu”.

Disebabkan itu, pasangan warga emas berkenaan turut direman bagi membantu siasatan, sebelum dibebaskan kemudiannya.

Semalam, tertuduh di Mahkamah Majistret Kota Bharu hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Sumber: Rancangan 999

FT Image: Rancangan 999

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×