Euforia Bola 2026
Famili

Istiadat Perkahwinan Tengku Muhammad Iskandar & Tengku Natasya Berlangsung Selama 3 Hari

TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR

Menerusi laman Facebook rasmi Kesultanan Pahang, difahamkan Istiadat perkahwinan Putera Diraja Tengku Arif Bendahara, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah yang juga putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan pasangannya, Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan bakal berlangsung pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan, Pahang.

Baca juga: Hujan Lebat Berterusan Dijangka Bermula November 2024 Hingga Mac 2025 Di Pantai Timur

ISTIADAT PERKAHWINAN TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR SELAMA 3 HARI

TENGKU MUHAMMAD ISKANDAR

Kredit: Kesultanan Pahang

Ini merupakan istiadat perkahwinan diraja yang kedua pada tahun ini selepas Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada 22, 23 dan 25 Ogos lalu.

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Adat Midodareni atau Majlis Suai Kenal yang diadakan di Taman Duta di sini.

Majlis Adat Midodareni merupakan salah satu acara sempena Istiadat Perkahwinan Putera Diraja Tengku Muhammad Iskandar dengan Tengku Natasya Puteri.

Terdahulu, baginda berdua turut berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Siraman di lokasi yang sama, semalam.

Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah; Tengku Panglima Raja, Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; Tengku Panglima Perang; Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah; Tengku Puteri Ilisha Ameera dan Tengku Puteri Ilyana.

Kelmarin, Tunku Azizah Aminah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri di Taman Duta.

Sedikit pengenalan, Tengku Natasya Adnan merupakan anak kepada bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. Wanita berkacukan Melayu dan Indonesia, dilahirkan pada tahun 1995.

Baca juga: Cuti Hujung Minggu Johor Ditukar Semula Kepada Sabtu & Ahad Bermula 1 Januari 2025 – TMJ

Sumber: Harian Metro

Kredit imej: Kesultanan Pahang

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×