Euforia Bola 2026
Nur

Imbas Peristiwa Penting Awal Muharam Dalam Sejarah Islam, Mewarnai Permulaan Tahun Hijrah

Artikel kali ini akan membincangkan mengenai peristiwa Awal Muharam atau disebut sebagai Maal Hijrah. Secara asasnya, sambutan Maal Hijrah disambut sebagai tanda memperingati peristiwa Nabi Muhammad SAW dan sahabat yang berhijrah dari Makkah ke Madinah.

Baca juga: Bermula 1 Julai, Semua Bank Akan Kenakan Cukai Perkhidmatan Sebanyak 8%

PERISTIWA AWAL MUHARAM YANG PENTING

PERISTIWA AWAL MUHARAM

Bulan Muharam merupakan salah satu daripada empat bulan haram dalam Islam yang dimuliakan Allah SWT.

Di sebalik tarikh ini, terdapat beberapa peristiwa penting yang menjadi titik tolak kepada pembentukan tamadun Islam yang lebih tersusun dan berdaya saing.

1. Hijrah Nabi Muhammad SAW ke Madinah

Peristiwa paling signifikan yang dikaitkan dengan awal Muharam adalah hijrah Nabi Muhammad SAW dari kota Mekah ke Madinah.

Hijrah ini bukan sekadar perpindahan fizikal, tetapi merupakan transformasi besar dari segi sosial, politik dan dakwah Islam. Ia membuka ruang kepada perkembangan Islam dalam keadaan lebih aman dan tersusun.

2. Permulaan kalendar Hijrah

Kalendar Hijrah mula diperkenalkan secara rasmi pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al-Khattab. Tahun hijrah Nabi dijadikan sebagai permulaan kiraan tahun Islam.

Ini menunjukkan pentingnya peristiwa hijrah sebagai simbol perubahan, kesungguhan dan pengorbanan dalam menegakkan agama Allah.

3. Pengiktirafan terhadap nilai pengorbanan

Peristiwa Awal Muharam  ini juga menjadi waktu untuk umat Islam menghayati makna pengorbanan, kesabaran dan perjuangan.

Ia mengingatkan kita bahawa kejayaan dalam hidup memerlukan usaha, keyakinan dan keberanian meninggalkan perkara yang memudaratkan demi sesuatu yang lebih baik.

Pada bulan Muharram ini, banyak sejarah Islam yang terlakar, terutamanya pada 10 Muharram atau lebih dikenali dengan hari Asyura.

PERISTIWA AWAL MUHARAM

Peristiwa Awal Muharam bukan hanya detik untuk menyambut tahun baru, tetapi juga masa untuk bermuhasabah dan memperbaharui tekad dalam kehidupan.

Ia mengajak umat Islam untuk meneruskan perjuangan menegakkan kebaikan, memperbaiki diri dan memperkukuh iman, seperti mana yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW dalam hijrahnya.

Baca juga: Fenomena Blind Box Makin Tarik Minat Pembeli, Tapi Apa Hukum Sebenarnya?

Sumber: UPM & Pustaka Darul Iman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×