Euforia Bola 2026
Famili

[VIDEO] Masjid Di Aceh Berdiri Teguh Dalam Banjir Besar, Ibarat Jadi ‘Saksi’ Saat Sekitarnya Musnah!

masjid di aceh

Kisah sebuah masjid di Aceh yang kekal berdiri megah walaupun kawasan sekitarnya musnah akibat banjir besar, kini mengundang rasa takjub ramai.

Menerusi video yang tular di TikTok yang dikongsikan oleh Joe Sastra, jelas kelihatan masjid bercat putih itu tersergam indah meski dikelilingi lumpur tebal akibat banjir besar dan tanah runtuh.

Baca juga: Tercicir Dari Keluarga, Anak 2 Tahun Berjaya Diselamatkan Polis & Orang Awam

masjid di aceh

Tangkap layar dari video Tiktok Joe Sastra.

Lokasi kejadian dilaporkan berlaku di Daerah Bener Meriah, Aceh, sebuah daerah yang terkesan teruk akibat hujan lebat luar biasa.

Rakaman dron dari udara turut memperlihatkan keadaan muka bumi yang rosak, kawasan cerun runtuh dan kediaman yang hampir tertimbus.

Lebih memilukan, Jambatan Lampahan juga disahkan putus, menyebabkan pengangkutan dan akses penting penduduk setempat terganggu.

Namun, di tengah situasi mencemaskan itu, struktur masjid di Aceh tersebut tidak retak malah tidak rebah langsung. Sesuatu yang jarang berlaku dan di luar jangkaan ramai.

“Satu bukti kebesaran Tuhan,” antara komen yang tular, menggambarkan rasa syukur dan hiba serentak warga maya terhadap kekuasaan Ilahi.

Baca juga: Tak Ambil Bayaran & Dapat Cuci Kereta Percuma, Pemandu E-Hailing Jadi Hero Bantu Penumpang Bersalin Dalam Kereta

masjid di aceh

Tangkap layar dari video Tiktok Joe Sastra.

Ada juga yang berpendapat, ketahanan masjid itu mungkin bukan hanya sebuah keajaiban semata-mata, tetapi juga hasil gabungan niat pembinaan yang ikhlas, penggunaan bahan binaan berkualiti, serta integriti yang dijaga sepanjang proses pembinaan.

Peristiwa ini secara tidak langsung menjadi peringatan besar buat kita semua, betapa pentingnya kaedah pembinaan kukuh, reka bentuk yang mengikuti standard keselamatan dan pemilihan bahan yang tepat terutama bagi bangunan awam di kawasan berisiko.

Semoga kisah masjid di Aceh ini terus membekas di hati pembaca. Yang kukuh bukan hanya dindingnya, tetapi juga makna yang terselit iaitu kejujuran dan keikhlasan dalam membina sesuatu, pasti memberi impak mendalam kepada jiwa yang menyaksikannya.

@joe_sastra View drone lokasi banjir dan longsor di kabupaten Bener Meriah, untuk jembatan Lampahan terputus total. akses transportasi down #infobanjir infobanjir #aceh #longsor #bencanaalam #banjir ♬ Terus Berjuang – Jemari Besi

Baca juga: Pak Cik E-Hailing Berhati Mulia Selamatkan Gadis Sakit Yang Merantau, Sampai Sanggup Bagi Duit Belanja!

Sumber: Sinar Harian / Tiktok Joe Sastra

FT Image: Tiktok Joe Sastra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×