Baru-baru ini konsert Inteam telah diadakan di 3 Damansara PJ dan pastinya mendapat sambutan hebat daripada para peminat yang sudah lama menanti acara ini.
Tular di media sosial, sepasang suami isteri yang baru mendirikan rumah tangga hadir ke konsert Inteam dengan memakai baju nikah mereka.
Baca juga: Bapa Mohon Doakan Keajaiban Buat Anak, Kini Kritikal Akibat Kepala Dipukul Dengan Tukul
PENGANTIN BARU PAKAI BAJU NIKAH PERGI KONSERT INTEAM

Video berkenaan dimuat naik di laman TikTok milik Shirxh dan telah meraih perhatian ramai warganet yang teruja melihat pasangan itu memilih untuk meraikan hari bahagia mereka dengan menghadiri konsert kumpulan nasyid kegemaran.
Pasangan tersebut dilihat tersenyum manis sambil berpegangan tangan dan turut menyanyi bersama-sama lagu Kasih Kekasih, salah satu lagu ikonik Inteam yang sering menyentuh hati para pendengar.
Difahamkan, tiket konsert Inteam untuk si isteri merupakan hadiah daripada suami sempena hari kelahiran isteri tercinta, menjadikan pengalaman itu bukan sahaja romantik, tetapi juga penuh makna.
“Terima kasih encik suami untuk hadiah hari jadi yang sangat indah ini. Menghalalkan saya, menjadikan saya sebagai permaisuri hidup awak dan bawa ke konsert Inteam. Ingatkan main-main masa cakap hari itu,” luahnya.
Momen romantis itu berjaya mencuri perhatian bukan sahaja penonton di lokasi, malah ribuan warganet yang menonton video tersebut di TikTok. Suasana menjadi lebih syahdu apabila para penonton lain turut menyanyi bersama, menjadikan detik itu seolah-olah satu majlis resepsi kecil yang penuh kasih sayang dan keberkatan.
Ramai yang memuji keakraban dan kesederhanaan pasangan itu, sambil menyifatkan ia sebagai simbol cinta yang berlandaskan ketulusan dan minat yang sama terhadap nasyid.
“Pasangan ni duduk depan kami. Mula-mula ingat mereka memang sengaja pakai macam itu. Rupanya pengantin baru. Semoga jodoh berkekalan hingga ke syurga. Aamiin! Selamat hari jadi juga diucapkan,” komen pengguna TikTok.
Baca juga: Tular Video Tuan Bagi Makanan Kucing Ada Hati Babi, “Eh Boleh Ke? Apa Hukumnya Dalam Islam”
Sumber: TikTok
