Jenis serai yang digunakan dalam masakan sebenarnya mempunyai perbezaan dari segi saiz, tekstur dan aroma. Walaupun rupa luaran nampak hampir sama, terdapat beberapa jenis serai yang mempunyai keistimewaan tersendiri.
Ada yang lebih lembut, mudah dikisar serta mengeluarkan bau yang lebih wangi, manakala ada juga yang lebih keras dan kurang menyerlah aromanya apabila dimasak.
JENIS SERAI DALAM MASAKAN, ADA PAHA AYAM & GAJAH

Antara yang sering disebut ialah serai paha ayam dan serai gajah. Menurut perkongsian di laman Facebook, serai paha ayam juga dikenali sebagai serai kampung atau serai wangi kerana mempunyai aroma yang lebih kuat berbanding jenis lain.
Serai paha ayam biasanya bersaiz lebih kecil, tetapi teksturnya lebih lembut dan mudah dikisar. Walaupun saiznya tidak sebesar serai gajah, kandungan aromanya dikatakan lebih menyerlah, menjadikan masakan lebih harum dan menaikkan rasa hidangan.
Berbeza dengan serai gajah yang mempunyai batang lebih besar dan panjang. Walaupun kelihatan lebih menarik kerana saiznya, serai jenis ini dikatakan mempunyai tekstur yang lebih keras serta kurang mengeluarkan aroma apabila digunakan dalam masakan. Ia juga lebih sukar untuk dikisar berbanding serai paha ayam.
Selain serai, perbezaan jenis bahan masakan turut berlaku pada daun limau. Terdapat jenis daun limau yang bersaiz besar dan ada juga yang kecil.

Sesetengah orang lebih memilih daun limau bersaiz kecil kerana aromanya lebih kuat dan memberikan rasa yang lebih sedap, terutama dalam masakan seperti tomyam.
Walaupun kedua-duanya boleh digunakan dalam masakan, pemilihan bahan yang sesuai boleh memberikan perbezaan dari segi rasa dan bau.
Bagi mereka yang mengutamakan aroma asli dalam masakan, serai paha ayam dan daun limau kecil sering menjadi pilihan kerana keharumannya yang lebih menyerlah.
Semoga artikel ini memberi manfaat kepada semua pembaca!
Baca juga: Kentut Wanita Hamil Punyalah Busuk Sampai Boleh Undang ‘Maut’? Tak Sangka Berbau Sebab Ini….
Sumber: Facebook Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri (Luqman Hakim)
