Perangai ibu ayah yang menunjukkan tingkah laku tidak elok di rumah terutamanya depan anak-anak perlu dielakkan. Hal ini kerana apa yang mereka lihat, dengar dan alami akan diceritakan semula, sama ada kepada rakan-rakan dan guru di sekolah.
Lebih membimbangkan, ada anak-anak yang terdedah kepada perkara tidak sepatutnya seperti hal yang berlaku di dalam bilik tidur.
Baca juga: Bila Anak Tunjuk 5 Tanda Ini, Maknanya Dia Tengah ‘Stress’ Belajar! Ibu Ayah Tolong Jangan Biarkan
PERANGAI IBU AYAH TUNJUK SIKAP TAK ELOK DEPAN ANAK

Hal ini sama seperti dikongsikan oleh seorang guru di mana anak muridnya melakukan perkara tidak senonoh berunsurkan seksual kerana perangai ibu ayah yang tidak mengambil berat.
“Saya baca komen, ramai yang gelak. Nampak kelakar, kan? Tapi kena ingat ya, semua. Saya seorang guru dan nak dikatakan, hampir setiap hari, pelajar-pelajar kami akan bercerita tentang kisah rumah tangga anda kepada kami.
“Apa ayah buat, mak pakai apa, apa yang berlaku dalam bilik tidur, ayah dan mak tidur bagaimana – semua itu anak akan serap dalam kepala dan diceritakan dengan terperinci.
“Itu belum lagi kisah mak bapa tengok cerita b***, siap bawa CD lagi ke sekolah dan bagi kawan pinjam. (Walaupun ini kisah lama, tetapi kerana sikap bodoh dan kecuaian ibu bapa yang anggap benda ini remeh dan kelakar, akhirnya malu satu sekolah. Bila mak bapa terpaksa dipanggil ke sekolah masa itu, baru nak sedar),” jelasnya.
Lebih mengejutkan, pelajar sekolah rendah juga terdedah dengan hal seksual kerana melihat ibu bapa mereka melakukan perkara tersebut.
“Ada juga kes pelajar sekolah rendah melakukan **** bersama kawan mereka, melukis gambar ****, dan apabila tertangkap, bila ditanya mereka jawab, “Tengok mak ayah buat begitu.” Ada juga kes yang belajar dari YouTube atau Google (walaupun kes ini tidak banyak),” ujarnya.
Ibu bapa di luar sana dinasihatkan agar sentiasa menunjukkan sikap yang bagus di hadapan anak supaya perkara sedemikian tidak berlaku lagi.
“Jadi, mak bapa perlu ada ilmu. Walaupun dalam rumah sendiri, ingat ya, anak yang masih kecil akan menyerap semuanya. Bila mereka dah serap, tak mustahil mereka akan buat perkara yang sama di sekolah, berlaku sumbang mahram, dan sebagainya – semua ini berpunca daripada didikan di rumah.
“Tak setuju dengan kenyataan saya? Tak mengapa, tapi inilah hakikat sebenar. Terutama anak-anak dari tadika hingga sekolah rendah, mereka banyak bercerita tentang kisah anda. Senang cakap, rahsia anda ada dalam pensil case kami, guru-guru ini. Jadilah ibu bapa yang bijak,” pesannya.
Baca juga: Tanda-Tanda Ibu Bapa Selalu Abaikan Anak, Nombor 9 Ramai Buat & Anggap Dah ‘Perfect’!
Sumber: Facebook
