Euforia Bola 2026
Percutian

Penyamar Berjaya Tipu Identiti Di 7 Syarikat Penerbangan, Terbang ‘Free’ 120 Kali Tanpa Tiket!

penerbangan percuma

Dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, ramai antara kita mencari cara untuk berjimat termasuklah dalam hal melancong. Disebabkan harga tiket kapal terbang yang semakin mahal, terutamanya selepas pandemik Covid-19, istilah penerbangan percuma kini menjadi satu impian besar.

Namun, seorang lelaki bernama Tiron Alexander berjaya menjadikannya realiti, walaupun dengan cara yang salah.

Baca juga: Macam Dalam Siri CSI, Ini 7 Cara Forensik Kenal Pasti Mayat Tanpa Wajah!

PENYAMAR BERJAYA NIKMATI 120 PENERBANGAN PERCUMA

penerbangan percuma

Gambar hiasan AI

Tiron Alexander, 35 tahun, dari Amerika Syarikat, telah berjaya menipu sistem tempahan penerbangan selama beberapa tahun dengan menyamar sebagai kru kabin.

Menurut kenyataan rasmi Pejabat Peguam Negara A.S. bagi Daerah Selatan Florida, Alexander didapati bersalah pada 5 Jun lalu atas kesalahan penipuan melalui talian dan memasuki kawasan keselamatan lapangan terbang tanpa kebenaran.

Baca juga: Pakar Dedah Taktik Scammer Akses Data Telefon, Hanya Guna Jemputan Kahwin Palsu

Antara tahun 2018 hingga 2024, Alexander telah menempah 120 penerbangan percuma melalui sistem khas yang disediakan untuk kegunaan kakitangan syarikat penerbangan iaitu juruterbang dan pramugari.

Dalam sistem tersebut, pemohon perlu mengisi maklumat termasuk peranan (juruterbang atau pramugari), nama majikan, tarikh mula bekerja dan nombor lencana kakitangan.

Baca juga: Disangkakan Tandas, Wanita Buka Pintu Keluar Pesawat Yang Sedia Berlepas, Kecut Perut Dibuatnya!

penerbangan percuma

Gambar hiasan AI

Namun, Alexander menggunakan identiti palsu dan mengaku bekerja dengan tujuh syarikat penerbangan berbeza. Malah, dia mencipta lebih kurang 30 nombor lencana dan tarikh pengambilan kerja yang berbeza-beza untuk memperdayakan sistem.

Apa yang mengejutkan, tiada satu pun syarikat tersebut mengesan kepalsuan data yang dimasukkan. Malah, dalam beberapa kes, Alexander juga menyamar sebagai pramugara ketika menaiki pesawat.

Baca juga: Wow! Wanita Ini Kongsi Tips Bawa 7 Orang Anak Perempuan Travel Luar & Dalam Negara!

Perbicaraan menunjukkan bukti bahawa dia menempah lebih 120 penerbangan dengan menyamar sebagai kru kabin yang sah.

Kini, Alexander berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun bagi kesalahan penipuan dan 10 tahun lagi kerana memasuki kawasan keselamatan lapangan terbang tanpa kebenaran. Hukuman akan dijatuhkan oleh Hakim Persekutuan Jacqueline Becerra pada 25 Ogos 2025.

Baca juga: Ini 11 Fakta Kentut Mengejutkan, Tak Nak Bau Pastikan Masa Makan Telan Angin Sekali!

Sumber: Mirror.co.uk

FT Image: AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×