Penyakit kusta adalah salah satu jenis penyakit yang sudah lama tidak kedengaran di Malaysia kerana telah berjaya dikawal.
Sejak tahun 1996, sudah tidak ada pesakit kusta baharu yang masuk ke Pusat Kawalan Kusta Negara di Sungai Buloh sehinggalah kes ini mula meningkat beberapa tahun kebelakangan ini.
Baca juga: Awalnya Ingat Hanya Sakit Bahu, Anak Amyza Aznan Disahkan Hidap Kanser Paru-Paru Tahap 3!
PENYAKIT KUSTA ‘KEMBALI’, SATU KEMATIAN DILAPORKAN DI KUALA PILAH

Foto: Freepik
Terbaru di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, terdapat 9 kes penyakit kusta dikesan dengan 1 kematian. Seorang maut, manakala lapan lagi Orang Asli dari Kampung Chergun dan Guntur Kuala Pilah mengalami jangkitan akibat wabak kusta yang menular di penempatan mereka.
Menurut laporan Berita Harian, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, berkata mangsa yang meninggal dunia pada 17 Februari lalu adalah seorang remaja berusia 18 tahun dari Kampung Orang Asli (KOA) Chergun. Katanya, sebelum itu mangsa mengalami demam selama seminggu.
“Saringan dijalankan Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan seramai sembilan penduduk KOA menghidap penyakit kusta. Mereka membabitkan lima orang dari Kampung Chergun dan empat dari KOA Guntur, Kuala Pilah,” katanya.
Pejabat Kemajuan Orang Asli Daerah (PKOAD) kemudian menerima senarai nama pesakit dan satu perbincangan telah diadakan. Bagaimanapun, pada 17 Februari lalu, seorang daripada pesakit terbabit meninggal dunia.
Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah telah mengesahkan bilangan pesakit di kedua-dua kampung berkenaan dan saringan secara agresif dijalankan oleh KKM. Walau bagaimanapun hanya 65 peratus penduduk menjalani saringan berkenaan. Saringan seterusnya akan dibuat Sabtu ini.
PUNCA JANGKITAN KUSTA
Kusta ini adalah sisebabkan oleh bakteria Mycobacterium leprae. Ia berjangkit melalui titisan pernafasan daripada pesakit yang tidak dirawat dan tidak mudah berjangkit dan memerlukan pendedahan berpanjangan. Tandanya adalah:
-Tompok kulit yang pucat atau kemerahan dengan kurang deria rasa.
-Kebas pada tangan dan kaki.
-Kelemahan otot dan kecacatan anggota jika tidak dirawat.
-Kehilangan bulu kening atau bulu mata dalam kes serius.
*Diharapkan bahawa wabak ini tidak berleluasa dan diberikan perlindungan dengan cepat. Risau juga ya…
Baca juga: KKM Laksana Program Imunisasi Influenza Kepada Warga Emas Bermula 18 Februari Ini, Penting!
Sumber: Berita Harian
