Euforia Bola 2026
Famili

“Umi Jangan Menangis, Alawi Reda Dengan Ujian Allah”- Pelajar Tahfiz Tabah Hidap Penyakit Jantung Jarang Ditemui!

penyakit jantung jarang ditemui

“Umi jangan menangis, Alawi reda dengan apa yang ALLAH beri sebab penyakit ini makhluk Dia juga.” Itulah kata-kata penuh ketabahan daripada Muhammad Alawi Mohd Turmadzi, 18, seorang pelajar tahfiz yang disahkan menghidap sindrom Brugada, sejenis penyakit jantung jarang ditemui.

Ibunya, Khadijah Mohamad Nor, 42, mengimbas detik cemas apabila anak sulungnya rebah di bilik air pada Disember lalu hingga kepalanya terhantuk.

Baca juga: “Ralat Dengan Apa Yang Berlaku, 10 Tahun Tunggu Zuriat” Luahan Pilu Bapa Bayi Kembar Selepas Tragedi Plaza Tol Bukit Kajang

PELAJAR TAHFIZ HIDAP PENYAKIT JANTUNG JARANG DITEMUI

penyakit jantung jarang ditemui

Khadijah (kanan) dan suaminya, Mohd Turmadzi Madun, 46, berada di sisi Muhammad Alawi yang menjalani pembedahan ICD di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Shah Alam pada Jun lalu.

“Pemeriksaan ECG (elektrokardiogram) mendapati bacaan jantung tidak normal sebelum doktor mengesahkan dia menghidap sindrom Brugada, gangguan genetik fungsi elektrik jantung yang boleh membawa kepada kematian mengejut,” katanya.

Pada bulan Jun, Alawi menjalani pembedahan memasang implantable cardioverter defibrillator (ICD) bernilai RM45,000 di Pusat Jantung Hospital Sultan Idris Shah, Serdang.

Kos bateri ditanggung syarikat pengeluar, Boston Scientific, manakala bil hospital dibiayai dengan bantuan Tabung Kasih HAWANA.

Baca juga: Bayi Tidur Maut Tertindih, Ibu Mengaku Cuai & Menangis Teresak Ketika Ditunjukkan Gambar Anaknya!

Menurut Khadijah, kehidupan harian keluarga tidak banyak berubah, namun mereka kini lebih berhati-hati. Bahkan perkara kecil seperti demam atau sakit kepala boleh menjadi pencetus serangan jantung anaknya.

“Cabaran paling besar adalah soal kewangan, tapi kami percaya doa, solat, dan sedekah adalah ubat paling mujarab,” katanya dengan penuh yakin.

Harapan besar Khadijah ialah agar anaknya yang bakal menduduki peperiksaan SPM lebih awal tahun ini dapat menjalani kehidupan normal seperti remaja lain. Lebih daripada itu, beliau mahu melihat Alawi membesar sebagai insan soleh yang mampu membimbing keluarga menuju syurga.

Baca juga: “Alahai Bertuahnya Anak…” Bantu Jual Kek Sampai Laku Habis Rupanya Secara Percuma, Si Ibu Terkedu Rugi 2 Hari

Sumber: Sinar Harian

FT Image:

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×