Penyakit buasir sering kali menjadi topik yang disalahfahami oleh masyarakat, bukan sahaja kerana sifatnya yang sensitif untuk dibincangkan secara terbuka, tetapi juga disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tepat mengenainya.
Salah tanggapan ini bukan sahaja boleh menimbulkan rasa malu dan stigma, malah boleh menghalang individu daripada mendapatkan rawatan yang sepatutnya. Antara pernyataan yang sering diperkatakan adalah penyakit buasir disebabkan makan pedas.
Baca juga: Terkejut Kerap Gosok Gigi Tapi Semakin Kuning, Rupanya Selalu Buat 4 Kesalahan Ini!
SALAH FAHAM MENGENAI PENYAKIT BUASIR
Melalui perkongsian Public Health Malaysia (PHM), terdapat 10 salah faham mengenai penyakit buasir. Ikuti butiran lanjut di bawah.
1. Buasir hanya berlaku pada orang tua
Fakta: Buasir boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk golongan muda terutama yang mengalami sembelit kronik, gaya hidup tidak aktif, duduk terlalu lama atau wanita hamil.
2. Buasir disebabkan makan pedas
Fakta: Makanan pedas tak menyebabkan buasir, tapi boleh merangsang saluran dubur yang sudah radang, menyebabkan rasa sakit atau pedih.
3. Kalau berdarah masa buang air besar, itu mesti buasir
Fakta: Tak semestinya. Darah dalam najis juga boleh jadi tanda buasir, tetapi juga mungkin disebabkan masalah lain seperti fisur dubur atau kanser kolorektal.
4. Buasir boleh hilang sendiri tanpa rawatan
Fakta: Buasir tahap awal kadang boleh pulih dengan perubahan gaya hidup (lebihkan serat, minum air, senaman). Tapi jika makin teruk, rawatan perubatan diperlukan.
5. Buasir berjangkit
Fakta: Tidak benar. Buasir bukan penyakit berjangkit ia adalah pembengkakan salur darah di kawasan dubur.
Baca juga: Selepas Minum Sedikit Air Kelapa Rosak, Lelaki Maut Akibat Dicemari Kulat Berbahaya!
6. Buasir berlaku sebab kurang bersih
Fakta: Kebersihan tidak menyebabkan buasir, tapi menggosok terlalu kuat semasa membasuh atau menggunakan tisu kasar boleh memburukkan keadaan.
7. Rawatan buasir mesti pembedahan
Fakta: Tidak semua kes perlukan pembedahan. Ada rawatan seperti ubat sapu, ubat oral, atau prosedur ringan seperti rubber band ligation untuk kes sederhana.
8. Wanita mengandung tak boleh rawat buasir
Fakta: Ada rawatan selamat untuk ibu hamil, tapi perlu dibincang dengan doktor. Jangan tahan sakit atau abaikan rawatan.
9. Buasir tanda lemah tenaga batin
Fakta: Tiada kaitan langsung antara buasir dan kekuatan seksual. Ini hanyalah mitos.
10. Duduk atas lantai atau batu sejuk sebabkan buasir
Fakta: Ini kepercayaan lama yang tidak disokong sains. Faktor sebenar lebih kepada tekanan dan gaya hidup.
Ramai yang malu nak bercakap tentang buasir, apatah lagi nak jumpa doktor. Tapi kerana terlalu banyak salah faham, ramai terlewat mendapatkan rawatan.
PUNCA TIDAK DISEDARI BUASIR
Sementara itu, PHM juga berkongsi lapan punca yang tidak ramai sedari, rupa-rupanya mempunyai penyakit buasir seperti dinyatakan dalam infografik.

Baca juga: Dr Minta ‘Parents’ Jangan Buat Main Anak Ada Asma, Boleh Menyesal Kalau Dibiarkan!
Sumber: Public Health Malaysia
FT Image: Public Health Malaysia / Google

