Euforia Bola 2026
Sihat

Penyakit Adenoid ‘Serang’ Budak 5 Tahun, Muka Tiba-Tiba Berubah & Jadi Kuat Berdengkur!

PENYAKIT ADENOID

Melalui satu kes yang dikongsikan, Klinik Taqwa ada berkongsi kisah tentang penyakit adenoid yang boleh menjejaskan kesihatan anak tanpa disedari kerana gejalanya sering disamakan dengan masalah tonsil.

Menerusi perkongsian itu, kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun dikatakan sering mengalami masalah tonsil bengkak. Si ibu datang ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

Baca juga: Varian Baharu Covid-19 XFG Kini Dikesan Di Malaysia, Kes Masih Terkawal – KKM

PENYAKIT ADENOID SERANG BUDAK 5 TAHUN, JANGAN LEKA DENGAN TANDA INI

PENYAKIT ADENOID

“Aleeya, seorang kanak-kanak berusia 5 tahun, sering mengalami tonsil bengkak. Ibunya risau dan membawanya ke Klinik Pakar ENT di hospital kerajaan. Dalam konsultasi pendek hanya tonsil yang di periksa dan MO bertugas kata sudah jadi kronik.

“Ibu- bapa bawa ke Klinik Taqwa MT. Doktor yang bertugas, Dr. Hana, memeriksa dan mendapati tonsil Aleeya memang besar, terutama di sebelah kanan hingga ke tengah tekak,” jelasnya.

Difahamkan juga, disebabkan penyakit adeniod ini menyebabkan Aleeya kuat berdengkur semasa tidur, selalu bernafas melalui mulut dan mulutnya kelihatan sedikit terbuka.

Dr. Hana menyatakan bahawa hidung Aleeya kecil, gigi atasnya menonjol dan langit mulutnya tinggi seperti tanda-tanda adenoid facies.

Adenoid adalah tisu kecil di belakang hidung, dekat tekak, yang membantu sistem imun. Namun, kalau penyakit ini membesar, ia boleh menyebabkan masalah terutama pada kanak-kanak.

Ciri-ciri adenoid membesar:

  • Berdengkur kuat semasa tidur
  • Bernafas melalui mulut, menyebabkan mulut sentiasa terbuka sedikit
  • Hidung tersumbat walaupun tiada selesema
  • Suara sengau, seperti bercakap melalui hidung
  • Kerap selesema atau jangkitan telinga
  • Muka berubah (adenoid facies)

PENYAKIT ADENOID

Rawatan yang boleh dilakukan untuk penyakit ini

1. Pembedahan

Dalam kes teruk, doktor mungkin cadangkan membuang adenoid (dan mungkin tonsil). Pembedahan ini membantu ramai kanak-kanak seperti kawan Dr. Hana.

2. Pendekatan tanpa pembedahan

Dr. Hana mencadangkan cara semula jadi dahulu, seperti:

  • Makan makanan berkhasiat seperti buah-buahan dan sayuran untuk kuatkan imun
  • Pastikan anak cukup tidur dan aktif
  • Elakkan makanan bergula atau diproses yang boleh mencetuskan keradangan
  • Berbual dengan doktor tentang ubat atau terapi lain jika perlu.

Jika anak anda berdengkur kuat, bernafas melalui mulut, atau kerap selesema, jangan tunggu lama! Berjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan.

Rawatan awal boleh membantu anak anda bernafas lega, tidur nyenyak dan membesar dengan sihat.

Baca juga: Trend Minum Air Matcha, Tapi Awas! Minum Berlebihan Boleh Ganggu Kitaran Haid?

Sumber: Facebook

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×