Euforia Bola 2026
Famili

Niat Murni Budak Lelaki Selamatkan Kucing Bertukar Ngeri, “Jari Anak Terkulai & Hampir Putus!”

penutup longkang

Seorang kanak-kanak berisiko kehilangan jari tangan selepas ditimpa penutup longkang simen ketika menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap dalam kejadian di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran di Kuala Terengganu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang Rabu lalu, mangsa, Muhammad Aiman Haziq Mohd Raffizi, 10, yang juga murid Tahun Empat Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Hiliran cedera apabila tangan kanannya dihempap penutup longkang konkrit di perumahan itu.

Baca juga: Bekas Guru Tak Setuju Larangan Raikan ‘Straight A’ SPM, “Nak Jaga Hati Pelajar Lain Punya Pasal!”

PENUTUP LONGKANG KONKRIT HEMPAP JARI KANAK-KANAK LELAKI

penutup longkang

Gambar Sinar Harian: Sharifah Nurul Fatihah menunjukkan jari anaknya yang hampir putus akibat ditimpa penutup longkang.

Ibunya, Sharifah Nurul Fatihah Sayed Saiful Amizat, 37, berkata, sebelum kejadian, anak ketiganya itu keluar bermain bersama kakaknya, Nur Afrida Humayraa, 13, dan seorang rakan sekitar jam 3 petang.

“Saya terkejut apabila Afrida pulang memberitahu jari Haziq hampir putus selepas terkena penutup longkang. Waktu itu saya bersama anak sulung, Nurafrina Batrisyia dan anak keempat berada di rumah.

“Saya segera turun ke bawah dan melihat darah banyak menitis di atas lantai dan jari anak saya telah terkulai,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini pada Isnin.

Baca juga: Arab Saudi Iktiraf Malaysia Negara Pertama Di Dunia, Edar Kad Nusuk Kepada Jemaah Haji!

Menurutnya, ketika kejadian, suaminya, Mohd Raffizi Abd Rashid, 40, yang bekerja sebagai pemandu e-hailing bergegas pulang sebelum segera membawa anaknya itu ke Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan menerima rawatan segera di zon kritikal.

“Doktor beritahu jari manis tangan kanan anak saya berisiko dipotong sekiranya sambungan urat dan tulang tidak berjaya dilakukan.

“Syukurlah, Haziq kini dalam pemantauan rapi dan diberikan cuti sakit selama 22 hari,” katanya.

Baca juga: Ibu Kongsi Pengalaman Pas OKU SMILE Buat Anaknya, ‘Travel’ Percuma Semua Pengangkutan Awam!

Sementara itu, Muhammad Aiman Haziq berkata, sebelum insiden itu, dia terdengar bunyi kucing dan berjaya menyelamatkan kucing itu selepas membuka penutup longkang.

“Saya turun ke dalam longkang untuk ambil anak kucing itu. Selepas mengeluarkan anak kucing dari dalam longkang, simen penutup itu terlepas lalu terkena jari saya.

“Tiga jari cedera dan jari manis hampir putus,” katanya.

Baca juga: [TERKINI] Kesan Darah Dalam Bilik Disahkan Milik Zayn Rayyan!

Sumber: Sinar Harian

FT Image: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×