Walaupun sudah berada di zaman yang moden, golongan wanita masih tidak terlepas daripada menjadi sasaran serta gangguan yang tidak dijangka. Lebih teruk lagi adalah, wanita hamil turut menjadi ancaman golongan ‘gila seks’ ketika berada di lokasi awam.
Situasi ini dialami oleh seorang wanita yang menceritakan pengalaman pahitnya apabila menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang mahasiswa ketika berada di sebuah pasar raya di Seremban bersama ahli keluarganya!
Baca juga: “Mak Buang, Aku Kutip Kau”– Insiden Bergaduh Di Wad Hospital, Kakak Bongkar Cerita Selepas Dituduh
PENUNTUT UNIVERSITI KANTOI ‘OBSES’ RAKAM WANITA HAMIL DI PASARAYA

Tangkap layar pelajar lelaki berkenaan.
Dalam satu hantaran yang tular dimuat naik oleh Erny Nuryassmien di Facebook, dia menyedari kelakuan mencurigakan seorang lelaki berbaju kuning yang kelihatan sentiasa mengekorinya sambil memegang telefon pintar secara menegak, dipercayai untuk tujuan rakaman.
Pada mulanya, dia tidak menghiraukan perbuatan lelaki tersebut, namun apabila anak-anak turut menyedari tindakan itu, dia mengambil keputusan untuk memaklumkan kepada suaminya.
“Anak-anak pun perasan kehadiran lelaki tu. ‘Umi, dia asyik tengok kita je’. Saya beritahu suami, dan suami terus mengekori lelaki tu dari belakang,” katanya.
Apabila ditanya, lelaki yang merupakan pelajar universiti berusia 20 tahun itu pada awalnya menafikan telah melakukan sebarang rakaman seperti yang didakwa.
SIAP ZOOM WANITA PAKAI PURDAH!

Koleksi video dalam telefon.
Namun setelah didesak, pasangan itu terkejut apabila menemui beberapa rakaman video selepas suaminya memeriksa telefon bimbit pelajar berkenaan. Akhirnya, lelaki tersebut mengaku bahawa dia telah lama melakukan perbuatan itu demi memuaskan keinginan nafsunya!
“Rupanya ada beberapa video saya, malah ada yang kena zoom pada bahagian belakang. Selain itu, terdapat juga video wanita mengandung lain, termasuk yang berpurdah. Nampaknya dia memang meminati wanita mengandung..”
“Video-video tersebut perlu dipotong bagi tindakan seterusnya. Suami saya sangat terganggu apabila perkara ini berlaku pada saya, dan orang ramai turut menenangkan situasi. Pelaku sampai terkencing sebab ketakutan,” luahnya.
Lelaki itu kemudian diserahkan kepada pihak polis dan satu laporan polis telah dibuat.
Menurut Erny, pada awalnya dia berhasrat untuk membawa pelaku ke muka pengadilan, namun selepas perbincangan dengan pihak polis, dia memutuskan untuk menarik semula laporan memandangkan pelaku masih muda. Bagaimanapun, dia menyatakan akan memaklumkan perkara itu kepada pihak universiti agar tindakan tatatertib dapat dikenakan terhadap pelajar tersebut.
Dalam perkembangan terkini, Erny memaklumkan bahawa laporan polis itu masih wujud selepas ramai dalam kalangan netizen meninggalkan komen supaya tidak menarik semula laporan tersebut. Disebabkan rasa tidak puas hati, dia bertekad untuk bersemuka dengan pelaku dan bertanya mengenai tindakannya.
Baca juga: “Nak Kebumi Di Mana?” – Dua Beradik Bergaduh Di Wad Ketika Ayah Nazak, Kena ‘Heret’ Ke Mahkamah!
Sumber: Ernie Nuryassmien
