Euforia Bola 2026
Famili

Bapa Penuntut UniSZA Nampak Mayat Atas Jalan, Tak Sangka Rupanya Anak Perempuan Sendiri

penuntut unisza

Mazli Yusoh, 51, bapa kepada penuntut UniSZA melalui detik menyayat hati apabila tanpa disedari melihat jasad anaknya sendiri di atas jalan raya.

Anak perempuannya, Syakirah Hanan, 25, maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Jalan Kemajuan, Bukit Kecil berhampiran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), di sini, hari ini.

Baca juga: Nurul Nazla Ditemui Dalam Keadaan Selamat, Kembali Ke Pangkuan Suami Di Wad Hospital Shah Alam

NAMPAK MAYAT ATAS JALAN, TAK SANGKA ANAK SENDIRI – BAPA PENUNTUT UNISZA

penuntut unisza

Mazli memaklumkan, ketika kejadian dia sedang dalam perjalanan ke Kuala Berang bagi menyelesaikan urusan peribadi dan sempat melalui lokasi kemalangan tersebut. Dia turut melihat satu jasad yang dipayungi di atas jalan raya, namun langsung tidak terlintas di fikirannya bahawa mangsa adalah anak sendiri.

Menurutnya, segala-galanya terjawab apabila dia menerima panggilan telefon daripada pegawai JPJ yang memaklumkan sebuah kenderaan didaftarkan atas namanya terlibat dalam kemalangan maut.

Ketika panggilan diterima, Mazli berkata dia sudah berada di Kampung Tapu, Kuala Berang sebelum berpatah balik dengan segera ke lokasi kejadian.

Berkongsi lanjut ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra, Besut itu memaklumkan arwah merupakan anak kedua daripada tujuh beradik.

Difahamkan, arwah dalam perjalanan ke Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi menguruskan hal berkaitan latihan mengajar yang dijadualkan bermula Mac depan.

Katanya, arwah ada menghubunginya pada malam sebelumnya memaklumkan hasrat untuk ke Perpustakaan Awam Negeri sebelum ke JPNT.

Pada pagi kejadian, Mazli berkata dia kebetulan mempunyai urusan di Kuala Terengganu dan sempat singgah di rumah di Kampung Kuala Bekah, tempat arwah menetap ketika ini, sekali gus menjadi pertemuan terakhir mereka.

penuntut unisza

Kredit: BERNAMA

Mazli yang menetap di Jertih, Besut berkata, meskipun reda dengan ketentuan Ilahi, kehilangan anak yang sangat rapat dengannya itu amat sukar diterima.

Menurutnya, arwah sering berkongsi segala urusan berkaitan pengajian mahupun kehidupan seharian dan terkenal sebagai seorang yang manja serta mudah meluahkan perasaan kepada bapanya.

Walaupun berdepan kesedihan yang mendalam, Mazli berkata dia reda dan menerima takdir yang telah ditetapkan, malah percaya pemergian anaknya dalam kemalangan itu tergolong sebagai mati syahid.

Dalam pada itu, Mazli turut meluahkan rasa terkilan apabila cita-cita arwah untuk mengikuti jejak langkahnya sebagai seorang pendidik tidak kesampaian.

Arwah sebelum ini menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Syariah di Universiti Al Azhar, Mesir pada tahun lalu sebelum menyambung pengajian di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) pada April lepas, selain menunjukkan minat mendalam terhadap bidang pendidikan.

Baca juga: PMX Umum Bantuan SARA Bulanan Dapat 9 Januari, STR 20 Januari, RM100 ‘One-Off’ 9 Februari!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×