Euforia Bola 2026
Rakyat

“Untuk Pesakit Foreigner”- Tular Kad Pemantauan Pesakit Klinik Kerajaan Guna Tulisan Cina, KKM Tampil Beri Penjelasan & Mohon Maaf

tulisan cina

Penggunaan tulisan Cina pada kad pesakit di klinik kerajaan mencetuskan pelbagai persoalan dalam kalangan rakyat selepas satu video tular di TikTok menarik perhatian ramai.

Ada yang tertanya-tanya bagaimana kad yang lazimnya menggunakan Bahasa Melayu atau Inggeris boleh dicetak dalam bahasa Mandarin, sehinggalah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil memberi penjelasan rasmi.

Baca juga: KPM Umum 12 Inisiatif Sempena Hari Guru, Paling Menarik Anak Cikgu 10A SPM Boleh Dapat RM1K!

PENJELASAN KKM BERHUBUNG KAD PEMANTAUAN PESAKIT GUNA TULISAN CINA

tulisan cina

Perkara itu mula menjadi bualan hangat selepas seorang pengguna media sosial memuat naik rakaman video berdurasi 1 minit 27 saat yang memaparkan kad pesakit dipercayai menggunakan tulisan Cina di sebuah klinik kesihatan di Kuala Lumpur.

Susulan perkongsian itu, ramai warga maya meluahkan pelbagai pandangan kerana urusan rasmi di fasiliti kerajaan kebiasaannya menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Malah, KKM turut memberi maklum balas awal terhadap isu berkenaan menerusi platform Threads selepas perkara itu dibangkitkan orang ramai.

“Terima kasih kerana mengetengahkan isu ini, pihak kami sedang menyemak dan akan mengambil tindakan sewajarnya,” responnya ringkas semalam.

Menurut individu yang memuat naik video tersebut, isu berkenaan tidak sepatutnya dipolitikkan kerana ia melibatkan keperluan rakyat mendapatkan akses kepada rawatan kesihatan.

Baca juga: Nampak Sama Tapi Berbeza, Rupanya 8 Warna Baju Banduan Ini Ada ‘Kod Rahsia’ Dalam Penjara!

tulisan cina

Tangkap layar daripada video yang tular di media sosial.

Penjelasan KKM berhubung Kad Rekod Pemantauan Pesakit Denggi berbahasa Cina

Susulan itu petang hari yang sama, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (JKWPKL&P) tampil mengeluarkan kenyataan media bagi menjelaskan situasi sebenar yang berlaku.

Menurut kenyataan tersebut, siasatan mendapati insiden itu berlaku pada 18 Mei 2026 dan melibatkan seorang pesakit kanak-kanak yang hadir mendapatkan rawatan bagi kes disyaki demam denggi.

Pihak JKWPKL&P menegaskan bahawa penggunaan rekod pemantauan pesakit secara rasmi adalah dalam Bahasa Melayu. Namun, klinik turut menyediakan kad pemantauan dalam beberapa bahasa sebagai inisiatif membantu komunikasi, khususnya di kawasan berkepadatan tinggi dengan kes denggi.

Dalam kes yang tular itu, pihak berkenaan memaklumkan telah berlaku kesilapan apabila penjaga pesakit diberikan kad pemantauan dalam bahasa berbeza secara tidak disengajakan.

Walau bagaimanapun, penerangan berkaitan rawatan dan pemantauan pesakit tetap diberikan dalam Bahasa Melayu termasuk catatan bertulis pada kad tersebut.

Dalam masa sama, pihak JKWPKL&P memaklumkan langkah penambahbaikan segera telah diambil bagi memastikan pemberian kad pemantauan dibuat dengan lebih teliti dan bersesuaian.

Mereka turut menegaskan bahawa Bahasa Melayu kekal sebagai bahasa rasmi dalam urusan penyampaian perkhidmatan kesihatan kerajaan.

“Akhir sekali, pihak JKWPKL&P ingin memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku dan kekal komited untuk terus memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti, selamat dan mesra rakyat,” ujar KKM JKWPKL&P dalam kenyataan tersebut.

Penjelasan rasmi yang dikeluarkan itu diharap dapat meredakan kekeliruan orang ramai selain memberi gambaran sebenar mengenai insiden yang tular di media sosial tersebut.

Baca juga: Jangan Panik Jika Resit Hilang Atau Tak Cukup, Ini 3 Cara ‘Selamat’ Bila Sampai Masa Audit LHDN

Sumber: Threads / Facebook KKM

FT Image: Media Sosial

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×