Euforia Bola 2026
Percutian

Impian 18 Sekeluarga Jejak Tanah Suci Tak Kesampaian, Putih Mata Kena ‘Scam’ Bernilai RM90,000!

PENIPUAN PAKEJ UMRAH

Impian 18 keluarga untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci buat kali pertama ‘hancur’ akibat penipuan pakej umrah bernilai RM90,000.

Keluarga dari Johor Bahru itu mengumpul wang untuk menunaikan umrah selama bertahun-tahun tetapi tidak kesampaian kerana ditipu.

Baca juga: Kecoh Kes Isteri Terima Hibah RM1 Juta Daripada Suami, Tapi Keluarga Mentua ‘Cabar’ Keputusan Minta Jadi Faraid!

PENIPUAN PAKEJ UMRAH BERNILAI RM90,000, HASRAT CIUM KAABAH TAK KESAMPAIAN

PENIPUAN PAKEJ UMRAH

Kosmo

Noor Azlan Buang, 62, yang merupakan wakil ahli keluarga menyatakan mereka tertarik dengan pakej itu kerana segala yang diiklankan di media sosial kelihatan menyakinkan.

“Kami dijanjikan bertolak ke Tanah Suci pada 25 Fabruari lalu. Tapi seminggu sebelum tarikh terbang pihak syarikat memberikan pelbagai alasan termasuk gagal menyerahkan beberapa barangan seperti beg roda untuk kegunaan jemaah.

“Tiba-tiba tengok berita syarikat terbabit disyaki tipu jemaah umrah. Semua adik beradik hubungi saya dan luah rasa cemas. Soal berkaitan pembayaran, urusan dengan syarikat semuanya diuruskan oleh adik bongsu saya,” jelasnya.

Tambahnya juga, sehingga kini mereka cuba menghubungi pihak syarikat yang hilang tanpa khabar itu. Lebih memilukan, semua persiapan sudah dilakukan termasuk membeli pakaian ihram.

“Memang kami hanya menunggu hari penerbangan. Sangat teruja mahu menjejakkan kaki di sana. Sedih memang sedih, tapi Allah punya kuasa,” katanya.

Setiausaha Agung MHO, Datuk Hishamuddin Hashim menyatakan bahawa 18 sekeluarga tersebut merupakan antara 90 jemaah yang ditipu syarikat umrah terbabit membabitkan kerugian lebih RM500,000.

“Mangsa-mangsa mengesyaki wang mereka berkemungkinan besar disalahgunakan oleh individu atau dalang di sebalik syarikat itu bagi tujuan selain daripada yang dijanjikan.

“Selepas diminta membuat pembayaran penuh, mangsa diberikan jadual penerbangan dan sebagainya, malangnya apabila waktunya hampir tiba, perancangan dibatalkan dan syarikat menggunakan pelbagai alasan,” ujarnya.

Syarikat berkenaan juga menabur janji manis untuk memulangkan semula wang pelanggan selain mengatur semula pakej yang ditempah. Namun, sehingga kini tiada apa-apa tindakan dilakukan kepada mangsa.

Baca juga: Tiga Negeri Catat Cuaca Panas Tahap 1 Atau Berjaga-Jaga, Cecah Suhu 37 Darjah Celcius!

Sumber: Kosmo

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×