Euforia Bola 2026
Nur

[TERKINI] 1 Ramadan 1447H Jatuh Pada 19 Februari, Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak!

tarikh puasa 2026

Tarikh puasa 2026 di Malaysia akhirnya telah diumumkan secara rasmi hari ini, sekali gus menjawab persoalan umat Islam yang menantikan pengesahan 1 Ramadan 1447H dengan penuh debaran dan harapan.

Seperti kelaziman setiap tahun, pengumuman dibuat oleh Tan Sri Syed Danial bin Syed Ahmad selaku Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, selepas proses cerapan anak bulan dijalankan di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh negara.

Baca juga: Viral ‘Mandi Sunat Sebelum Sambut Ramadan’, Betul Ke Sunnah Nabi SAW Atau Sekadar Amalan Kosong?

PENGUMUMAN TARIKH PUASA 2026

tarikh puasa 2026

Cerapan anak bulan pada 29 Syaaban 1447H

Tahun ini, tarikh melihat anak bulan Ramadan ditetapkan pada petang Selasa tadi, 17 Februari bersamaan 29 Syaaban 1447H.

Proses cerapan ini penting kerana ia menentukan secara rasmi permulaan ibadah puasa umat Islam di Malaysia. Penetapan dibuat berdasarkan kaedah rukyah dan hisab yang telah dipersetujui.

Dengan pengumuman rasmi tersebut, umat Islam kini boleh membuat persiapan akhir menjelang Ramadan, termasuklah:

  • Perancangan juadah sahur dan berbuka
  • Penyediaan keperluan ibadah
  • Perancangan cuti dan perjalanan pulang ke kampung
  • Jadual solat tarawih dan tadarus

Baca juga: Cara Solat Tarawih Di Rumah, Khas Buat Wanita Ada Kekangan Ke Masjid!

tarikh puasa 2026

Gambar hiasan: Gemini AI

1 Ramadan 1447H jatuh pada 19 Februari 2026

Berdasarkan pengumuman rasmi yang telah dibuat, tarikh permulaan puasa bagi bulan Ramadan 2026 adalah pada 19 Februari 2026 (Khamis), bersamaan 1 Ramadan 1447H.

Pengisytiharan ini pastinya disambut dengan rasa syukur oleh umat Islam di seluruh negara. Ramadan bukan sekadar menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk memperbanyakkan ibadah, memperbaiki diri serta mengeratkan silaturahim.

Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan dan ketenangan buat semua. Selamat berpuasa daripada Sirap Limau dan jangan lupa perbanyakkan amalan!

Jadual imsak dan berbuka 2026

Untuk mengetahui jadual penuh waktu imsak dan berbuka 2026 di Malaysia bagi setiap negeri, klik di sini.

Baca juga: Cara Buat Solat Sunat Tasbih, Ini Panduan & Langkah Yang Jelas. Jom Beramal!

Sumber: rtmklik.rtm.gov.

FT Image: RTM Klik / Gemini AI

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×