Tular di media sosial tindakan seorang pengetua payungkan pelajar ketika hujan mencetuskan pujian dalam kalangan warganet khususnya di aplikasi TikTok.
Dalam video yang dikongsikan di TikTok rasmi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Yarl, Kuala Lumpu, kelihatan pengetua sekolah memakai baju kemeja berwarna biru.
Baca juga: Misi Kayuhan Ke Tanah Suci, Pelakon Amar Baharin & Qobin Hampir Tiba Di Madinah…
PENGETUA PAYUNGKAN PELAJAR KETIKA HUJAN RAIH PERHATIAN

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, kelihatan pengetua sekolah berkenaan menyambut pelajar yang tiba dalam keadaan hujan.
Beliau memayungkan pelajar-pelajar tersebut seorang demi seorang agar mereka tidak basah sebelum masuk ke kawasan sekolah.
“Pengetua kesian pelajar masuk sekolah dalam hujan. Terus ambil payung dan sambut pelajar,” jelasnya di kapsyen.
Tindakan spontan dan penuh prihatin itu pastinya mendapat pujian ramai pengguna media yang menyifatkan tindakan pengetua itu wajar dijadikan sebagai contoh pemimpin yang berjiwa besar.
“Lembut hati tengok. Inilah contoh pemimpin yang baik, bukan hanya arahkan, tapi turun padang. Kalau saya jadi pelajar sekolah ni, memang rasa dihargai. Terima kasih cikgu,” komen pengguna media sosial.
Rata-rata komen di media sosial memuji sikap rendah diri dan kasih sayang yang ditunjukkan oleh pengetua tersebut, malah ramai yang berharap lebih ramai golongan pendidik mencontohi teladan yang baik ini.
Kisah ini wajar dijadikan inspirasi dan bukti bahawa sekecil-kecil tindakan seperti memayungkan pelajar juga mampu memberi impak besar kepada hubungan antara warga sekolah selain membentuk suasana pembelajaran yang lebih harmoni dan positif.
*Pengetua memang terbaik!
Baca juga: Umat Islam Di Malaysia Sambut Hari Raya Aidiladha 2025 Pada 7 Jun (Sabtu) Depan
