Euforia Bola 2026
Famili

Anak Meracau & Mulut Berbuih Setiap Kali Azan Maghrib, Rupa-Rupanya Angkara Dendam Pengasuh Lama!

pengasuh hantar sihir

Siapa sangka, pengasuh yang selama ini disangka penyayang rupa-rupanya menyimpan dendam terhadap majikannya sendiri. Tergamaknya pengasuh hantar sihir hingga menyebabkan anak kecil berusia enam tahun menjadi mangsa gangguan misteri!

Kisah ini akan membuatkan ramai dalam kalangan ibu bapa rasa risau untuk menghantar anak ke rumah pengasuh atau mengambil pengasuh bekerja di rumah.

Baca juga: Wanita Dedah Detik Seram Dipeluk Jelmaan ‘Suami’ Atas Katil Ketika Tidur, Padahal Suami Masih Di Pejabat!

PENGASUH HANTAR SIHIR SEBAB DENDAM, ANAK KECIL KEJUNG KERASUKAN SETIAP KALI AZAN

pengasuh hantar sihir

Barang sihir yang dijumpai.

Semuanya bermula selepas wanita berkenaan, yang sudah hampir empat tahun bekerja menguruskan rumah dan anak majikannya, ‘kantoi’ mencuri duit serta barang kemas. Akibat perbuatannya terbongkar, tuan rumah terpaksa memberhentikan pengasuh itu serta-merta. Namun, siapa sangka, selepas pengasuh itu dihalau, kejadian pelik mula berlaku di rumah berkenaan.

Beberapa hari selepas pemecatan itu, tuan rumah mula curiga apabila menemui barang-barang pelik dalam laci bilik bekas pengasuh. Ketika itu barulah dia tersedar bahawa selama ini dia seolah-olah ‘ditundukkan’ kerana terlalu menurut segala permintaan pembantu rumah tersebut.

Lebih pelik, setiap kali ditegur, pengasuh itu akan melenting dengan marah, hingga majikan sendiri terdiam dan berasa serba salah. Atas nasihat ibunya, tuan rumah akhirnya memanggil seorang perawat Islam untuk memeriksa rumah mereka dan di sinilah bermulanya kisah menyeramkan itu.

Gangguan Bermula: Kelibat Hitam dan Anak Kecil Kerasukan, Jumpa Patung

pengasuh hantar sihir

Foto hiasan.

Sehari selepas pengasuh itu diusir, ahli keluarga mula diganggu. Mereka mendakwa terlihat kelibat hitam, wanita berambut kusut berjalan di dapur, dan makhluk aneh berkepala monyet muncul sekelip mata.

Namun gangguan paling menakutkan berlaku pada anak kecil mereka. Setiap kali masuk waktu azan Maghrib, anak berusia enam tahun itu tiba-tiba kejang, mulut berbuih dan terus kerasukan.

“Setiap kali kena, dia menjerit, memaki hamun kami, panjat almari, pandang tajam macam bukan diri dia,” kata ibu mangsa.

Lebih memilukan, apabila sedar dari kerasukan, anak itu tidak lagi mahu mendekati ibu dan ayahnya.

Perawat yang dijemput cuba menenangkan suasana dan memulakan rawatan ruqyah. Namun sebaik bacaan dimulakan, anak kecil itu tiba-tiba menjerit dan berkata dengan suara garau,

“Siapa kau? Jangan campur urusanku!”
“Aku dendam! Aku dibuang kerja!”

Dari kata-kata itu, barulah mereka faham bahawa gangguan tersebut berpunca daripada amalan sihir yang dihantar oleh bekas pengasuh yang menyimpan rasa tidak puas hati selepas dibuang kerja. Selepas hampir satu jam ruqyah dijalankan, akhirnya dengan izin Allah, gangguan berjaya dikeluarkan daripada tubuh anak itu.

Selesai rawatan, perawat melakukan ‘pagar rumah’ di sekeliling kawasan tersebut. Ketika proses itu dijalankan, mereka menemui pelbagai barang pelik tersembunyi, termasuk satu anak patung yang di dalamnya terdapat barangan sihir.

“Segala yang berlaku ini menjadi pengajaran buat keluarga berkenaan agar lebih berhati-hati dalam memilih pembantu rumah dan sentiasa berzikir serta menjaga amalan,” kata perawat itu.

Kesimpulannya, dalam dunia moden ini, kisah sihir dan dendam mungkin kedengaran mustahil tetapi realitinya, ia masih wujud di sebalik wajah yang kelihatan baik.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Rumah Ada Hantu Raya Yang Anda Tak Sedar, Nombor 8 Meremang!

Sumber: Qiqi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×