Euforia Bola 2026
Rakyat

Kini Boleh Pakai Cermin Mata & Umur Hingga 30 Tahun, TDM Longgarkan Syarat Pengambilan Perajurit Muda

perajurit muda tdm

Tentera Darat Malaysia (TDM) melaksanakan beberapa penambahbaikan terhadap syarat pengambilan perajurit muda TDM bagi membuka peluang lebih luas kepada rakyat Malaysia menyertai perkhidmatan ketenteraan.

Baca juga: Nak Parking Kereta Di KLIA Sebab Travel? Semak Dulu Harga Parking KLIA Terkini Supaya Tak Rugi…

SYARAT PERAJURIT MUDA TDM KINI BENARKAN CALON BERKACA MATA

perajurit muda tdm

Foto: Kosmo

Panglima Tentera Darat, Azhan Md Othman berkata, antara perubahan utama yang diperkenalkan ialah had umur kemasukan dinaikkan daripada 25 tahun kepada 30 tahun, selain calon yang memakai cermin mata kini turut dibenarkan memohon.

Menurut beliau, syarat ketinggian minimum bagi lelaki juga diturunkan kepada 1.57 meter berbanding 1.62 meter sebelum ini.

Pada masa sama, had Indeks Jisim Badan (BMI) pula dinaikkan kepada 28 berbanding 26.9 sebelum ini.

Katanya, penambahbaikan tersebut telah mula dilaksanakan bagi memberi peluang lebih ramai rakyat Malaysia yang berpotensi dan berkelayakan untuk menyertai Tentera Darat.

Setiap calon tetap akan melalui proses penilaian dan latihan yang ketat bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar memenuhi standard TDM diserap ke dalam perkhidmatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perbarisan Tamat Latihan Perajurit Muda Lelaki Siri 205/25.

TDM Mahu Lebih Ramai Rakyat Sertai Tentera

Menurut beliau, langkah tersebut bukan hanya bertujuan menambah jumlah anggota, tetapi juga memastikan keseimbangan tenaga manusia serta memperkukuh kepakaran dalam setiap kor dan rejimen.

Beliau turut menjelaskan bahawa pendekatan itu mencerminkan komitmen TDM untuk menjadi organisasi yang lebih inklusif, progresif dan mampan tanpa menjejaskan tahap profesionalisme serta kesiagaan tempur.

Tambah beliau, TDM yakin perubahan syarat itu mampu meningkatkan antara 10 hingga 20 peratus permohonan baharu setiap tahun.

Setiap tahun kita menerima kira-kira 10,000 permohonan, namun selepas tapisan awal termasuk pemeriksaan kesihatan, hanya sekitar 3,000 calon berjaya melepasi syarat yang ditetapkan,” katanya.

Pengambilan Perajurit Muda TDM Wanita Dibuka Julai Ini

Dalam perkembangan sama, TDM juga memperkukuh penyertaan wanita dalam perkhidmatan ketenteraan selaras dengan keperluan pada masa hadapan.

Menurutnya, beberapa bidang kepakaran khusus telah dikenal pasti bagi memperluaskan penglibatan wanita terutama dalam aspek yang dapat menyokong keberkesanan operasi.

TDM akan membuka pengambilan Perajurit Muda Wanita bagi kemasukan Julai ini dengan anggaran pengambilan seramai 350 orang,” katanya.

TDM Perkukuh Tindakan Tangani Budaya Buli

perajurit muda tdm

Foto: Merdeka 360

Sementara itu, beliau berkata TDM turut menyokong pelaksanaan pelan tindakan menyeluruh menerusi penubuhan Pasukan Petugas Antibuli oleh Angkatan Tentera Malaysia bagi menangani budaya buli dalam kalangan anggota.

Menurutnya, pihak TDM juga telah menubuhkan pasukan pemantau memandangkan kebanyakan insiden buli dan dera dilaporkan berlaku di luar waktu kerja.

Selain itu, anggota turut diberikan penerangan serta pemahaman mengenai kesan gejala tersebut dan tindakan alternatif yang boleh diambil tanpa melibatkan unsur buli.

Bagi langkah jangka panjang pula, satu jawatankuasa khas turut diwujudkan untuk memantau isu itu secara lebih menyeluruh dan mengenal pasti ruang penambahbaikan.

Beliau turut memaklumkan bahawa lebih 10 pegawai serta anggota tentera telah dikenakan tindakan tatatertib dan pemberhentian perkhidmatan atas pelbagai kesalahan setakat ini.

Baca juga: Tren Buat Hal Sampai Lambat Masuk Office? Rupanya Anda Boleh Minta ‘Slip Bukti’ Ini & Tunjuk Bos

Sumber: Bernama

FT Images: Kosmo dan Merdeka 360 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×