Euforia Bola 2026
Suami Isteri

Siti Nurhaliza Kongsi Detik Masa Bersalin, Datuk K Fobia Tengok Isteri Bertarung Nyawa!

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza bersalin bukan sahaja meninggalkan kenangan manis buat dirinya, malah turut mengundang debaran luar biasa kepada suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, yang mengakui fobia setiap kali menemani isteri di dewan bersalin.

Datuk Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa TokTi, baru-baru ini berkongsi sisi peribadi mengenai pengalaman bersalinnya dalam satu sesi siaran langsung.

Baca juga: Cara Masak Nasi Lemak Lembut Berderai, Elok Kejadiannya Kalau Ikut Tips Ini!

SITI NURHALIZA BERSALIN, DATUK K FOBIA DAN TRAUMA

SITI NURHALIZA BERSALIN

Menurut TokTi, walaupun suaminya tenang menerima berita kehamilan, namun situasi berubah ketika tiba saat melahirkan anak.

“Dia okay saya hamil, tapi dia tak okay bila time tengok saya bersalin. So dia dah phobia. Dia fobia masa saya lahirkan Afia waktu tu.

“Masa bersalin Afwa pun, dia dah berpeluh-peluh dah saya tengok. Dekat sebelah saya dah berzikir dengan apa, pasang al-Quran, baca dekat telinga saya, semua dia buat. Memang dia orang yang paling cuak lah. Dia dah fobia sangat,” kongsi TokTi secara jujur.

Tambah TokTi lagi, keadaan suaminya ketika proses bersalin sungguh mencuit hati dan dalam masa yang sama menunjukkan betapa kuat kasih sayang seorang suami yang begitu risaukan isterinya.

SITI NURHALIZA BERSALIN

Namun begitu, TokTi menganggap semua yang dilaluinya sebagai satu pengalaman yang sangat bermakna dan penuh hikmah. Katanya lagi, walaupun suaminya agak trauma dengan proses bersalin, beliau tetap bersyukur atas rezeki anak yang dikurniakan.

“So dia kata, kalau Ami pregnant dia okay, masa bersalin je dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah beri saya yang terbaik. Ya, saya operation dulu,” jelasnya.

Biduanda Negara itu turut berkongsi perkembangan berat badannya sekarang dengan nada berseloroh di hujung siaran tersebut.

Sekadar rekod, Siti mendirikan rumah tangga dengan Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006. Selepas lebih sedekad, Siti disahkan hamil anak sulung Siti Aaflyah pada Jun 2017 dan anak kedua, Muhammad Afwa, pada Ogos 2020 menggunakan kaedah rawatan IVF.

Baca juga: Resepi Kuih Keria Keledek Ungu Gebu & Lembut, Sekali ‘Ngap’ Rasa Macam Kapas!

Sumber: TikTok

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×