Euforia Bola 2026
Famili

Rakam Reaksi Terganggu Dengan Tangisan Budak Dalam Feri, Lelaki Ini Dikecam Hebat & Buat Penjelasan!

pengalaman naik feri

Baru-baru ini, perkongsian video dari seorang pengguna di TikTok telah mencetuskan perbincangan hangat di dalam kalangan warga maya. Di mana, dia berkongsi pengalaman naik feri dari Langkawi ke Kuala Kedah yang terganggu dengan kanak-kanak tantrum.

Hanya menunjukkan wajahnya bersama isteri, dalam video tersebut kedengaran tangisan seorang kanak-kanak yang dikatakan hampir sejam berlaku tanpa henti.

Baca juga: Lelaki Miskin Kena Mandul Untuk Kekang Kelahiran, Cadangan Ini Buat Ramai Melenting!

PENGALAMAN NAIK FERI

pengalaman naik feri

TikTok @aeryllfamee

Melalui penjelasan di kapsyen, dia bersama isterinya yang ketika itu sedang demam dan mengalami muntah berterusan akibat migrain, dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Dalam keadaan tidak selesa itu, suasana bertambah tegang apabila seorang kanak-kanak dikatakan menjerit dan menangis tanpa henti di dalam feri tersebut.

“Kalau bayi kita faham, tapi budak ini dah besar. Siap boleh cakap apa dia nak,” tulisnya.

Bahkan, pendekatan ibu bapa kanak-kanak tersebut yang hanya memujuk tanpa sebarang tindakan tegas, meskipun gangguan itu berlarutan melebihi sejam, turut dipersoalkan.

Reaksi warga maya yang pelbagai

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan warga maya menyelar tindakan pemilik video dengan mengatakan bahawa dia tidak memahami betapa sukarnya mengendalikan anak kecil, lebih-lebih lagi dalam ruang awam yang terhad seperti feri.

Namun, ada juga netizen yang menyokong pendiriannya dengan mengatakan bahawa ibu bapa masa kini terlalu berlembut dan kerap menggunakan alasan “biasalah budak-budak” untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab mendidik anak agar menghormati orang sekeliling.

Di hujung kapsyen, pemilik video turut menjelaskan bahawa tujuannya bukan untuk menjatuhkan sesiapa, sebaliknya sekadar memberi kesedaran agar ibu bapa lebih peka dan bertanggungjawab ketika berada di tempat awam.

Malah, dia turut mengajak orang ramai berkongsi penyelesaian untuk menenangkan anak-anak dalam situasi sukar.

Baca juga: “Tolong Doakan Adeeb” Remaja 14 Tahun Ditidurkan Di ICU, Selepas Dikejar Anjing Liar!

Penjelasan balas pemilik video selepas terima kecaman ramai

pengalaman naik feri

TikTok @aeryllfamee

Rentetan itu, di video lain yang dimuat naik lelaki tersebut,  dia tampil memberikan respon dan menceritakan situasi sebenar.

Katanya, ibu bapa patut memainkan peranan untuk menyediakan sesuatu yang boleh menarik perhatian anak-anak kerana ia telah mengganggu ketenteraman orang lain.

“Takkan sebab anak kau seorang meragam, habis satu kapal nak kena layan. Kau tahu tak, ada orang sakit, kau tak tahu.

“Takkanlah semua orang nak kena faham. Biasalah budak-budak. Sampai bila kita nak kena alasan tu.

“Lepas tu, ada orang cakap, kalau kita menjerit, marah-marah, ada orang rakam. Kan ada beza penderaan dengan mengajar, kalau sikit-sikit kau nak backup anak kau, habis sampai bila nak mendidik,” katanya.

Ulasnya lagi, dia juga sedar dengan kecaman warga maya terhadapnya yang mendoakan perkara tidak baik buat pasangan ini, baginya doa seseorang itu boleh berbalik kepada dirinya semula.

Tegasnya lagi, ia boleh difahami jika anak-anak itu menangis tidak lama, tetapi dalam kes kejadian itu, situasi anak yang tantrum itu adalah sebaliknya.

Biarpun akui dirinya masih belum ada anak, namun sebagai insan yang pernah menjadi kanak-kanak, dia menjelaskan bahawa dia telah dididik dengan tegas oleh ibunya.

Baca juga: Jangan DIMAKCIKKAN! “Panggil Puan Atau Akak,” Staf Makanan Ditegur Pelanggan Cetus Perdebatan Warga Maya!

Sumber: TikTok @aeryllfamee

FT Image: TikTok @aeryllfamee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×