Lubang dubur bukan sekadar sebahagian daripada anatomi manusia, ia merupakan kawasan tubuh yang paling berisiko apabila berlaku penetrasi dari belakang.
Menurut pakar kesihatan lelaki terkenal, Dr Ahmad Samhan, hubungan seksual yang melibatkan penetrasi lubang dubur boleh menyebabkan kecederaan fizikal, luka mikro, serta meningkatkan kemungkinan jangkitan HIV jauh lebih tinggi berbanding kaedah hubungan lain.
Baca juga: Tiap Kali Joging Mesti Sakit Perut Belah Kanan, Boleh Elak Sebenarnya…Dengan 5 Tips Ini!
RISIKO PENETRASI LUBANG DUBUR
“Kadar jangkitan virus HIV melalui penetrasi dubur (anal sex) adalah 18 kali lebih berisiko dibandingkan dengan penetrasi vagina (vaginal sex),” tulisnya di hantaran Facebook.
7 RISIKO PENETRASI DARI BELAKANG
1. Kepadatan salur darah tinggi
Dubur mempunyai salur darah yang lebih padat berbanding vagina, menjadikannya lebih mudah cedera apabila berlaku tekanan
2. Dinding yang lebih nipis
Lapisan kulit dan tisu pelindung dubur lebih nipis, menjadikannya mudah mengalami luka mikro atau koyakan ketika penetrasi
3. Risiko trauma dan penyakit kronik
Penetrasi anal boleh menyebabkan hemoroid, koyakan atau ulser mikro yang tidak kelihatan. Trauma berulang meningkatkan kemungkinan jangkitan HIV, STD lain serta risiko jangka panjang seperti kanser dubur.
4. Masuknya virus dan bakteria dengan lebih mudah
Luka mikro dan koyakan kecil membolehkan virus seperti HIV, HPV serta bakteria penyebab gonorea, klamidia atau herpes masuk ke aliran darah dengan lebih cepat, seterusnya meningkatkan risiko penularan penyakit kelamin.
5. Potensi perforasi atau kecederaan serius pada rektum
Penetrasi anal yang terlalu agresif atau berulang tanpa pelincir boleh menyebabkan lubang atau koyakan pada rektum, satu kecederaan serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.
6. Risiko jangka panjang iaitu kanser dubur
Seks anal dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser dubur, terutamanya jika terdapat jangkitan HPV yang berpanjangan.
7. Jangkitan lain akibat kebersihan tidak terjaga
Seks anal yang dilakukan tanpa tahap kebersihan yang baik boleh menimbulkan jangkitan bakteria lain seperti E. coli atau Salmonella, yang boleh menyebabkan radang usus atau masalah pencernaan.
Baca juga: Kulit Gatal Lepas Berkebun? Petik Saja Daun Senduduk, Sabun Semula jadi Ini Bantu Hilangkan Miang!
Selain dari aspek anatomi dan kesihatan, Dr Samhan juga menekankan bahawa amalan yang melawan fitrah, mempunyai sebab yang jelas mengapa ia dihalang dalam agama Islam.
“Ini membenarkan fakta bahawa suatu amalan yang berlawan dengan fitrah, yang dilarang oleh agama, yang dicela oleh Allah SWT pasti mempunyai sebab kenapa ia dihalang. Larangan Allah ada kaitan dengan anatomi dan fisiologi yang sentiasa mengikut peraturan Ilahi,” nasihatnya.
Sumber: Dr Ahmad Samhan / IDN Times / Detik Health / AIDSMap
FT Image: Rawpixel.com

