Euforia Bola 2026
Famili

Setelah Sekian Lama, Penduduk Tanah G*za Akhirnya Dapat Menikmati Shawarma & Ayam…

penduduk tanah gaza

Luahan penduduk Tanah Gaza baru-baru ini menyentuh hati ramai apabila seorang lelaki berkongsi detik bermakna bersama keluarganya yang akhirnya dapat menikmati hidangan ayam selepas sekian lama hidup dalam kekurangan.

Dalam catatan peribadinya di media sosial, Mahmoud berkongsi kisah menyentuh hati di mana mereka akhirnya dapat menikmati ayam buat pertama kali selepas sekian lama.

Baca juga: Huru-Hara Dibuatnya, Makin Ramai Yang Tertinggal Kad Pengenalan Di Stesen Minyak!

PENDUDUK TANAH GAZA SYUKUR, AKHIRNYA DAPAT MENIKMATI AYAM

PENDUDUK TANAH GAZA

Pemuda itu meluahkan rasa syukur yang mendalam kerana dapat merasai semula hidangan yang dianggap biasa oleh ramai orang, tetapi sangat istimewa bagi mereka yang tinggal di kawasan konflik seperti Ga*a.

Katanya, hari itu menjadi antara hari paling bermakna buat dirinya, bukan kerana makanan yang mewah, tetapi kerana ia melambangkan rasa syukur, kebahagiaan dan sedikit harapan di tengah kesempitan hidup.

“Hari ini sangat istimewa bagi kami di Gaza. Keluarga saya dan lima keluarga lain yang saya jaga akhirnya dapat menikmati ayam setelah sekian lama.

“Ia mungkin kelihatan biasa bagi sesetengah orang, tetapi bagi kami, ia bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan selepas bertahun-tahun kesusahan.

“Hari ini, kami merasai sejenis kegembiraan yang jarang dirasai, kegembiraan makanan yang disertai rasa syukur dan harapan. Terima kasih kepada semua yang membantu mengukir senyuman ini.” luahnya.

Dalam masa sama, kisah serupa turut dikongsikan oleh pengguna X lain, @tala_darwish, yang menulis tentang pengalaman menikmati shawarma buat pertama kali selepas lapan bulan.

“Shawarma selepas lapan bulan, saya tak mampu berkata-kata,” tulisnya ringkas, namun cukup untuk menggambarkan betapa besar makna makanan itu bagi mereka.

PENDUDUK TANAH GAZA

Kedua-dua perkongsian ini mencerminkan realiti kehidupan penduduk Ga*a yang masih berjuang dalam keadaan serba kekurangan, di mana sepinggan nasi atau sekeping roti bukan sekadar makanan, tetapi simbol harapan dan kehidupan.

Baca juga: Pusat Rawatan TH Tidak Lagi Dibuka Di Tanah Suci & Arab Saudi Umum Syarat Kesihatan Jemaah 2026M

Sumber: X Tala Darwish & Mahmoud Massri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×