Euforia Bola 2026
Nur

Terpalit Isu Panas, Ini 3 Pendakwah Popular Yang Ada Kes Mahkamah, Memang Tak Sangka…

pendakwah selebriti

Baru-baru ini, beberapa nama pendakwah selebriti telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah di atas kesalahan-kesalahan jenayah yang dilakukan mereka. Antara individu yang disenaraikan adalah Da’i Syed dan PU Azman.

Baca juga: Jangan Terkejut, Ini Sebab Kenapa Orang Boleh Fanatik (Taasub) Dengan Abuya Ashaari GISBH!

PENDAKWAH SELEBRITI TERPALIT ISU MAHKAMAH

Mereka ini mula dikenali sebagai figura yang membawa dakwah agama Islam menerusi beberapa rancangan televisyen realiti keagamaan.

Namun, peribahasa ada menyatakan “mengharapkan pegar, pegar makan padi”. Harapan diberikan masyarakat untuk mereka menyebarkan perjuangan Islam, berakhir dengan palitan kes-kes jenayah seperti rogol, amang seksual dan sebagainya.

Mari ikuti butiran di bawah, yang boleh dijadikan pengajaran buat semua bahawa mempunyai ilmu agama tidak melambangkan peribadi seseorang itu. Maka, berhati-hatilah dan jangan cepat percayakan orang biarpun berimej baik.

Baca juga: Dah Nampak Tapi Selamba Je Telan Air Ada Semut, Jangan Buat Main Haram Minum!

1. Da’i Syed (Syed Shah Iqmal)

pendakwah selebriti

Gambar: Da’i Syed

Pendakwah selebriti Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.

Menurut sumber, hukuman penjara itu berkuat kuasa pada hari yang sama iaitu 30 Ogos lalu.

Bagaimanapun, selepas 21 hari meringkuk di Penjara Kajang, Syed Shah Iqmal dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hingga rayuan utamanya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman didengar.

Terkini, pada 23 Januari 2026, Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuan Da’i Syed untuk mengetepikan sabitan dan menangguhkan hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos 2024 selepas dia disabitkan kesalahan merogol seorang wanita tujuh tahun lalu.

Berikutan keputusan itu, tertuduh diperintahkan untuk dihantar ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman penjara selama 10 tahun serta tiga sebatan.

Baca juga: 12 Gerakan Ajaran Sesat Di Malaysia Berjaya Dibongkarkan, Semua Bertentangan Dengan Al-Quran & Sunnah!

2. PU Azman (Azman Syah Alias)

pendakwah selebriti

Gambar: PU Azman (baju kuning).

PU Azman atau nama sebenarnya Azman Syah Alias dijatuhi hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen, bermula hari ini.

Azman Syah Alias didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun, dua tahun lalu.

Sumber melaporkan, hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan berasingan itu.

Selain itu, pendakwah selebriti berusia 43 tahun itu juga bakal menjalani sesi kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan dan pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman.

Baca juga: Nak Tuntut Cerai Suami Ikut Ajaran Sesat, Wanita Ini Minta Tolong Sebab Buntu Tiada Bukti!

3. Ebit Lew (Ebit Irawan Ibrahim Lew)

ebit lew

Gambar: Ebit Lew

Terakhir ialah Ebit Lew, 38, yang berdepan 11 pertuduhan antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an.

Di mana, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa menerusi aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Ebit Irawan Ibrahim Lew telah didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Baca juga: Turutan Solat & Zikir Seharian Untuk Rezeki Tak Putus, Hidup Lebih Bahagia!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×