Euforia Bola 2026
Rakyat

Penceramah Bebas Dihukum 15 Tahun Penjara & Sebatan, Akibat Perbuatan Rogol Mangsa 13 Tahun!

penceramah bebas

Seorang penceramah bebas dijatuhi hukuman penjara 15 tahun bersama tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis 18 September, selepas didapati bersalah merogol dan mencabul seorang gadis berumur 13 tahun empat tahun lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Hakim Noridah Adam terhadap Muhammad Fathi Na’im Mazlam, atau lebih dikenali sebagai Ustaz Fathi Naim, selepas mahkamah memutuskan tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah ketika pembelaan.

Baca juga: [VIDEO] Tular Pempengaruh Buat Majlis Akikah Seakan Istiadat Diraja, Kini Disiasat PDRM!

PENCERAMAH BEBAS KENA PENJARA & SEBAT ROGOL MANGSA USIA 13

penceramah bebas

Gambar Sinar Harian: Penceramah bebas, Fathi Na’im.

“Setelah mendengar hujahan daripada kedua-dua pihak, mahkamah berpuas hati dengan keterangan yang diberikan sepanjang perbicaraan. Tertuduh didapati bersalah dan disabitkan dengan ketiga-tiga pertuduhan,” kata hakim itu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun serta satu sebatan bagi setiap pertuduhan, dengan arahan supaya hukuman penjara dijalankan secara serentak bermula semalam.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh merogol mangsa perempuan yang berusia 13 tahun ketika itu di dalam sebuah kereta yang diparkir di Dataran Eco World, Bandar Baru Puncak Alam, Selangor, masing-masing pada awal Julai dan 27 Julai 2021.

Dia didakwa di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Selain itu, lelaki beranak lapan itu turut berdepan satu lagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa yang sama pada Jun 2021 di lokasi sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, dengan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan sebatan.

Baca juga: Semua Penumpang Kereta Bakal Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar, Tak Pakai Kena Saman Sehingga RM300

penceramah bebas

Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Nur ‘Ayuni Jamri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara maksimum terhadap tertuduh.

“Perbuatannya yang sanggup merogol seorang kanak-kanak di bawah umur menunjukkan dia tidak mengendahkan undang-undang dan hukum agama.

“Dia juga tidak mempunyai sifat ihsan serta belas kasihan terhadap kanak-kanak itu dan sanggup mengambil kesempatan terhadap mangsa,” katanya yang mengendalikan kes bersama-sama TPR Nurul Jannah Aimi dan Nurul Izzati Mohamad.

Tertuduh, tanpa diwakili peguam, merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan menghidap slipped disc serta menanggung tiga isteri dan lapan anak yang masih bersekolah.

Namun, permohonannya untuk menangguhkan hukuman tidak diterima mahkamah.

Baca juga: Bukan Sekadar Indonesia, 4 Negara Ini Juga Berhadapan Amukan Rakyat Yang Gegar Dunia!

Sumber: Harian Metro

FT Image: Media Selangor / BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×