Ramai kini yang memilih penapis air jenis Reverse Osmosis (RO) untuk kegunaan harian kerana keupayaannya menapis bahan cemar, logam berat dan bakteria.
Namun, tanpa disedari penapis air jenis RO yang terlalu bersih ini juga turut menyingkirkan hampir semua mineral penting seperti kalsium dan magnesium.
Baca juga: Bekas Jemaah Haji Kongsi Petua Redakan Batuk Berkahak, Memang Berkesan Bila Guna Buah Ini!
PENAPIS AIR JADI PUNCA BADAN LEMAH & KEJANG OTOT, INI SEBABNYA

Jika tidak diganti melalui pemakanan, kekurangan mineral ini boleh menjejaskan kesihatan seperti perkongsian di bawah:
1. Kekurangan kalsium
Kalsium penting untuk tulang, gigi, fungsi saraf dan pembekuan darah. Kekurangannya boleh menyebabkan:
- Tulang rapuh & risiko osteoporosis
- Gigi mudah rosak
- Kejang otot & rasa kebas
- Rentak jantung tidak normal
- Cepat letih & sukar fokus
2. Kekurangan kalium
Kalium penting untuk kesihatan otot, saraf dan keseimbangan cecair dalam badan. Kekurangan kalium akan menyebabkan:
- Lemah otot & mudah kejang
- Rasa mencucuk di hujung jari
- Tekanan darah tidak stabil
- Sembelit & degupan jantung tidak sekata
- Gusi mudah berdarah
3. Kekurangan Magnesium
Magnesium diperlukan untuk lebih 300 fungsi tubuh termasuk sistem saraf, tidur dan tekanan darah. Kekurangannya akan mengakibatkan:
- Keletihan kronik walau cukup rehat
- Susah tidur & gangguan mood (cemas/murung)
- Otot sentiasa tegang atau berkedut (twitching)
Walau bagaimanapun, jangan risau kerana bukan bermakna anda perlu tukar penapis cuma pastikan:
1. Anda ambil makanan kaya mineral setiap hari (sayur hijau, susu, kekacang).
2. Jika anda guna penapis RO sepenuhnya, pertimbangkan penambahan filter mineral.
3. Selang-selikan dengan air mineral semula jadi.
3. Amalkan gaya hidup aktif dan pemakanan seimbang
Air yang baik bukan sekadar jernih bersih tetapi juga menyumbang pada keseimbangan tubuh.
Baca juga: Tabiat Bakar Sarang Telur Undang Padah, Rupanya Jadi Punca Jangkitan Paru-Paru!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia
