Run For Gold kini hampir ke garisan penamat apabila SG Lim dijadualkan menamatkan perjalanan luar biasanya sejauh 2,200 kilometer merentasi Semenanjung Malaysia pada 21 Jun 2026 di Pulau Pinang.
Lebih bermakna, penamat simbolik ini akan berlangsung di Penang Free School, sekolah lamanya sendiri, menjadikan acara ini bukan sekadar penutup larian, tetapi juga sebuah homecoming penuh emosi buat anak jati Pulau Pinang itu.
RUN FOR GOLD BAKAL DITAMATKAN DI PENANG FREE SCHOOL

Gambar: Celes Gerard
Kalau anda berada di Pulau Pinang, ini sebab kenapa anda patut turun padang dan jadi sebahagian daripada momen istimewa ini.
1. SG Lim akan tamatkan 2,200m terakhir di sekolah lamanya
Selepas berlari merentasi Semenanjung Malaysia demi meningkatkan kesedaran dan kutipan dana untuk kanak-kanak kanser, SG Lim bakal menyempurnakan larian simbolik 2,200 meter terakhir di dalam kawasan sekolah Penang Free School.
Sebagai seorang Old Free, kepulangannya ke sekolah lama menjadikan acara ini lebih bermakna buat alumni dan warga Pulau Pinang.
2. Orang ramai dijemput sertai larian simbolik ini
Acara ini terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang, sama ada keluarga, pelajar, pelari, alumni, penyokong, pesakit kanser yang terselamat (survivors) mahupun penjaga.
Pendek kata, sesiapa sahaja boleh hadir untuk berjalan atau berlari bersama SG Lim bagi menamatkan misi besar ini.
BUTIRAN ACARA:
- Tarikh: 21 Jun 2026 (Ahad)
- Masa: 4:00 PM – 8:00 PM
- Lokasi: Penang Free School
- Aktiviti: Larian/jalan kaki simbolik sejauh 2,200 meter
SG Lim dijangka tiba sekitar jam 5 petang.

Gambar: Celes Gerard
3. Maklumat yuran penyertaan yang membantu pesakit kanser kanak-kanak
Menariknya, hasil kutipan daripada pendaftaran race kit serta gerai yang mengambil bahagian akan disalurkan kepada dana Run For Gold.
Dana ini akan membantu Children’s Home of Hope di bawah National Cancer Society Malaysia (NCSM) yang menyediakan penginapan percuma kepada pesakit kanser kanak-kanak dan penjaga mereka, khususnya keluarga B40 yang perlu tinggal lama berhampiran hospital sepanjang rawatan.
Berikut kadar penyertaan:
- Individu: RM32 seorang
- Kumpulan 4 orang: RM22 seorang
- Kumpulan 10 orang: RM22 seorang
Pendaftaran termasuk:
- Jersi eksklusif acara
- Penyertaan aktiviti komuniti
- Program penglibatan komuniti
Bagi yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada momen istimewa ini, anda boleh daftar sekarang di Run For Gold Homecoming Registration atau terus menyumbang kepada kempen ini di https://www.runforgold.my/support-the-cause/.

FT Image: Celes Gerard
